Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Thursday, January 8, 2009

Isu Hangat Terminal Bas Klang~malaysiakini

TERMINAL BAS KLANG

Shah Alam – Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) semalam telah mendapat taklimat lanjut dari Majlis Perbandaran Klang (MPK) tentang sejarah pembinaan Terminal Bas Klang Sentral serta segala perjanjian yang terlibat dan juga masalah yang di utarakan oleh peniaga dan pengusaha pengangkutan.

Isu pemindahan operasi pengangkutan awam dari Bandar Klang ke Terminal Bas Klang Sentral telah banyak mengundang bantahan dan kenyataan pelbagai pihak. Sebelum ini pihak Kerajaan Negeri telah pun mengarahkan pihak MPK untuk menyelesaikan masalah yang timbul, namun masih ramai yang menyuarakan rasa tidak puas hati mereka.

Setelah mendengar taklimat tersebut, Kerajaan Negeri telah membuat keputusan untuk mengadakan satu perbincangan yang terbuka di antara semua yang terlibat dalam hal ini pada mesyuarat MTES Jumaat (09 Jan 2009) ini. Antara mereka yang akan hadir adalah wakil peniaga dan pengusaha pengangkutan awam, Ahli Parlimen dan Adun di kawasan yang terlibat, Ahli Jawatankuasa Khas Pemindahan MPK, pemaju Terminal Bas Klang Sentral NPO Development Sdn Bhd dan Nadi Corp Sdn Bhd iaitu operator yang telah dilantik oleh pemaju.

Kerajaan Negeri juga berharap semua pihak akan bersabar sehinggalah perbincangan berkaitan isu ini diperjelaskan.

DARIPADA:
SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR.

0 comments: