Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Thursday, January 15, 2009

Toyota Camry Vs Khir Toyol ~malaysiakini

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan bahawa pembelian 15 buah kereta Toyota Camry untuk kegunaan rasmi kerajaan negeri dibuat berdasarkan sebut harga bukannya menerusi tender terbuka.

PEMBELIAN TOYOTA CAMRY TELUS !!!

Shah Alam – Kerajaan Negeri Selangor Pimpinan Pakatan Rakyat memandang serius isu pembelian kereta Camry untuk kegunaan Exco serta Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Selangor yang dilihat telah diputar belitkan oleh sesetengah pihak. Keputusan Pembelian Kereta Toyota Camry di buat pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri minggu lalu dan bukan tahun lalu kerana belum ada peruntukan ketika itu.

Merujuk kepada kenyataan Dato Khir Toyo yang dibuat dalam beberapa akhbar baru-baru ini sebenarnya telah mencerminkan keperibadian beliau serta kepimpinan UMNO yang masih berfikiran cetek. Keputusan Kerajaan Selangor membeli Toyota Camry sebenarnya dibuat adalah berdasarkan sebut harga yang dihantar syarikat kenderaan dan bukannya menerusi tender terbuka kerana harganya yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan.

Pembelian kereta Toyota Camry ini sebenarnya tidak menjejaskan langsung projek-projek kebajikan “Merakyatkan Ekonomi Selangor” yang telah dirancang kerana Kerajaan Negeri sudah mempunyai bajet untuk kesemua program berkenaan.

Segala kecaman yang dikeluarkan oleh Ketua Pembangkang sebenarnya langsung tidak berasas, memandangkan Kerajaan Pakatan Rakyat yang baru sahaja menerajui Kerajaan Negeri telah berjaya melakukan pelbagai program bagi “Merakyatkan Ekonomi Selangor” dengan cukup memberangsangkan. Lebih

Jelik lagi apabila beliau sewaktu memegang jawatan Menteri Besar sebelum ini telah meluluskan pembelian kereta Mercedes S350L menggunakan peruntukan KDEB selaku pengerusinya yang berharga RM 917,214.00 semata-mata untuk kegunaan peribadi.

Adakah beliau lupa akan kos besar yang ditanggung kerajaan negeri dan anak-anak syarikat Kerajaan Negeri akibat masalah pengurusan waktu itu? Adakah beliau lupa berapa banyak keuntungan dikaut pihak pemaju swasta dalam projek-projek usahasama sedangkan Kerajaan Negeri dibelakangkan.

Rakyat Malaysia juga sudah mulai sedar dan faham dengan mainan politik murahan BN.

Ketua Pembangkang seharusnya membuat kajian terperinci terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan agar segala komen itu dilihat lebih membina daripada menfitnah dan tidak terkena ke mukanya sendiri.

Oleh :
Nik Nazmi Bin Nik Ahmad
Setiausaha Politik Kepada YAB Dato’ Menteri Besar Selangor

1 comments:

nak buat mcm mana mmg dah Toyol