Tahniah Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor.
Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor perihatin atasi masalah setinggan Bukit Botak.
Malangnya TV3 membuat laporan yang berat sebelah baru-baru.
BN dan Khir Toyo yang sebenarnya tipu Setinggan Bukit Botak!!!
Boikot TV3 !!!
PERPINDAHAN SETINGGAN BUKIT BOTAK KE TAMAN SELAYANG MUTIARA
SHAH ALAM – Mesyuarat Stanco Tanah hari ini turut membincangkan isu projek penempatan semula setinggan Bukit Botak, Selayang yang melibatkan seramai 1400 pemilik tanah serta merangkumi keluasan tanah seluas 138 ekar. Delpuri Corporation Sdn. Bhd. (DCSB) telah dilantik sebagai kontraktor pada tahun 1999 oleh Kerajaan Negeri terdahulu bagi membangun dan menyusun semula penempatan setinggan Bukit Botak ke Taman Selayang Mutiara.
DCSB, selaku pemaju yang telah diamanahkan membangun dan menyusun semula penempatan setinggan Bukit Botak ke Taman Selayang Mutiara juga telah diarahkan membina rumah dan menyiapkan infrastruktur seperti pelan yang diluluskan oleh pihak berkuasa. DCSB dikehendaki menyediakan rumah transit atau memberi bantuan subsidi sewa rumah sebanyak RM300.00 kepada penduduk yang diarahkan mengosongkan tapak projek sehingga rumah siap. Sebagai balasan kepada usaha tersebut, penduduk telah memberi surat kuasa wakil (power of attorney) kepada DCSB untuk menyerahkan hak mereka keatas tanah tersebut kepada syarikat pemaju itu. Namun demikian, DCSB akhirnya tidak dapat meneruskan tanggungjawab mereka dan segala projek yang telah dirancang terbengkalai.
Tanpa membuat kajian yang menyeluruh, kerajaan negeri yang terdahulu telah meminta Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mengambil alih projek terbengkalai dari DCSB. Setelah membuat penelitian, mesyuarat Lembaga Pengarah PKNS baru-baru ini telah membuat keputusan menghentikan kerja-kerja pembinaan di tapak dan memutuskan subsidi bayaran sewa ditamatkan hingga bulan Oktober 2008. Keputusan ini terpaksa dibuat kerana PKNS tidak mampu menanggung kos kerugian sebanyak RM140 juta jika meneruskan projek pembinaan berkenaan.
Walaupun Kerajaan Negeri mengambil berat tentang kesusahan yang dialami oleh rakyat, tetapi adalah tidak wajar untuk meletakkan beban keseluruhan kepada PKNS adalah tidak wajar hanya kerana Kerajaan terdahulu tidak dapat memantau projek-projek ini dengan baik. Tambah pula DCSB dibenarkan lepas tangan dalam hal ini.
Kerajaan Negeri amat berhasrat untuk menolong penduduk yang terlibat namun terhalang kerana hak kepada tanah yang terbabit masih lagi ditangan DCSB. Pertolongan yang wajar boleh dibuat sekiranya penduduk mendapat balik hak terhadap tanah dengan membatalkan surat kuasa wakil yang ditandatangani diantara para penduduk dan Syarikat DCSB. Dari sudut perundangan, Kerajaan Negeri mahupun PKNS tidak mempunyai hak untuk meneruskan pembangunan kerana penduduk yang juga pemilik tanah masih lagi terikat dengan terma-terma dalam perjanjian tersebut.
Setelah pembatalan kedua-dua perjanjian dilaksanakan barulah perbincangan dengan Kerajaan Negeri dapat dibuat bagi memutuskan bentuk penyelesaian yang lebih konkrit. Kerajaan Negeri berharap semua pihak memahami isu sebenar yang menghantui para penduduk Bukit Botak agar satu jalan penyelesaian dapat dilaksanakan secepat mungkin.
0 comments:
Post a Comment