Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Wednesday, January 7, 2009

Lagi Pembaziran Wang Rakyat di Terengganu~malaysiakini

Kepada Rakyat Kuala Terengganu...

Sedarlah...

Jangan mudah memberi undi anda kepada BN kali ini !!!

Undilah Calon PAS !!!


'Berubah demi kesejahteraan hidup'



BN MEMBAZIRKAN WANG RAKYAT
Ditulis oleh JITM
WEDNESDAY, 07 JANUARY 2009


Menteri Besar Kuala Terengganu berjanji akan memberikan 5.8 juta ringgit untuk pembangunan di Terengganu dengan mengamalkan konsep "GIVE AND TAKE". Konsep ini merupakan satu cara yang selama ini diamalkan oleh Barisan Nasional apabila adanya Pilihanraya umum atau Pilihanraya Kecil.


Menurut ADUN Bukit Tunggal yang ditemu bual oleh TV PAS baru-baru ini, YB Dr. Alias Razak berkata, konsep "GIVE AND TAKE" ini dibuat disebabkan Barisan Nasional terdesak kerana BN sekarang ini mengalami Tsunami Politik akibat kekalahan mereka di 5 buah negeri pada pilihanraya Umum 8 Mac 2008 yang lalu.

Oleh itu, konsep ini akan digunakan sepenuhnya bagi memenangi hati rakyat untuk meraih undi pada Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu itu nanti.


Konsep yang diamalkan ini kata beliau, banyak merugikan rakyat dan negara. Antara konsep yang dikenali sebagai Gajah Putih ini ialah Projek Monsun Cup. Pembinaan untuk projek ini menelan belanja 300 juta ringgit dan kos penganjuran selama 4 tahun setakat ini telah menelan belanja lebih dari 200 juta ringgit. Jika di campurkan kedua-dua jumlah ini ianya telah mencecah 500 juta ringgit duit rakyat dibelanjakan.


Dari 500 juta ringgit itu, tidak nampak akan manfaat yang diperolehi oleh rakyat terutamanya rakyat negeri Terengganu. Tidak ada penambahan dari segi pendapatan keluarga mahupun taraf kehidupan.


Selain itu, Projek Masjid Kristal yang dibina berhampiran dengan bandaraya Kuala Terengganu. Projek ini menelan belanja sebanyak 259 juta ringgit. Tidak ada pun peluang pekerjaan yang boleh di manfaatkan oleh masyarakat sekitar.


Pihak kami (web prk036) pernah membuat tinjauan ke Kawasan Masjid Kristal baru-baru ini. Kami terfikir, mengapa masjid yang menelan berjuta ringgit itu dibina di kawasan sedemikian sedangkan disitu tidak banyak kelihatan kawasan perumahan. Kami dapati berhampiran dengan masjid kristal terdapat sebuah masjid yang sudah lama didirikan. Apakah fungsi masjid kristal ini sebenarnya, dan tidak kelihatan pun orang ramai yang berkunjung ke Masjid Kristal. Dan sepanjang perjalanan kami, terdapat pondok-pondok kecil yang dibina sepanjang perjalanan menuju ke Masjid Kristal itu. Tidak tahu mengapa bangunan seperti pondok menunggu bas itu didirikan sedangkan tiada tempat duduk dan bas tidak kelihatan lalu pun di kawasan itu. Ianya boleh dikatakan suatu pembaziran.


Projek menelan belanja yang besar, tetapi manfaat tidak seberapa. Ianya hanya untuk kepentingan politik dan kroni-kroni tertentu sahaja.


Selain itu, projek pembinaan pulau-pulau di muara sungai Terengganu. Antaranya Pulau Warisan yang masih dalam pembinaan. Ianya dijangka menelan belanja sebanyak 40 juta ringgit. Setakat ini menurut YB Dr. Alias Razak, tidak nampak akan manfaat yang akan diberikan nanti kepada masyarakat setempat.


Antara projek yang menyentuh rakyat Terengganu adalah idea untuk mewujudkan bas bandar. Tanpa perancangan yang rapi dan kajian yang mendalam, kerajaan telah menggunakan 11.3 juta ringgit untuk membeli 28 buah bas untuk projek tersebut. Akhirnya, bas-bas berkenaan tidak beroperasi kerana tidak mendapat kelulusan dari lembaga-lembaga perlesenan kenderaan perdagangan. Ianya nyata sama sekali tidak dapat memberi pemulangan kepada kerajaan. Bas-bas berkenaan hanya terdasai di bengkel dan hanya 8 dari 20 buah bas sahaja yang bergerak di sekitar bandar Terengganu.


Semua projek-projek dibawah konsep yang digunakan oleh Barisan Nasional iaitu "GIVE AND TAKE" itu sebenarnya hanyalah untuk meraih undi rakyat semata-mata. Apabila tibanya pilihanraya barulah hendak membuat pembangunan, barulah jalan raya hendak diturap dan sebagainya. Sebelum pilihanraya, tidak kelihatan pun jalan raya dibaiki, baiki longkang tersumbat, hilangnya ahli parlimen entah ke mana. Pembangunan banyak tetapi Terengganu merupakan negeri kedua termiskin.


Duit rakyat dibazirkan, digunakan bukan untuk kepentingan rakyat tetapi kepentingan politik dan kroni-kroni yang mendapat projek tersebut. Oleh itu, diingatkan rakyat negeri Terengganu, pilihlah pimpinan yang akan memperjuangkan hak rakyat bukannya pimpinan yang membazirkan duit rakyat untuk kepentingan mereka.

0 comments: