Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Thursday, January 15, 2009

Lagi Isu Sebatan Meminum Arak ~malaysiakini

HUKUM MINUM ARAK

Minum arak, hukumnya adalah HARAM...di ulang HARAM !!!

sama ada sedikit atau banyak, mabuk atau tidak, kecuali ketika darurat, dan arak itu adalah najis ainnya.

Firman ALLAH:-

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah semata-mata kotor(najis/keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. - Surah al-Ma''idah: 90

HUKUMAN ORANG YANG MINUM ARAK

Dalam Kanun Jinayah Syar'iyah seseorang yang telah sabit kesalahan minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan, sama ada dia mabuk atau tidak, wajib dikenakan hukuman sebat tidak lebih dari lapan puluh kali sebat dan tidak kurang dari empat puluh kali sebat, hukuman ini adalah berdalilkan hadis rasulullah saw yang diriwayatkan dari Ali Ibn Abi Talib ra:-

Rasulullah saw telah menyebatkan orang yang minum arak sebanyak empat puluh kali sebat, dan Saidina Abu bakar telah menyebat sebanyak empat puluh kali sebat juga, dan saidina Umar menyebat sebanyak lapan puluh kali sebat. Semuanya adalah sunnah Rasulullah saw. Dan ini yang lebih aku sukai. - Riwayat Muslim.

Si Mamat Syed Abas Syed Ali ni orang Islam ke tidak !!!
Hukuman 6 sebatan ni pun dalam Islam terlalu sedikit lah !!!
Malah tak dibuat dikhalayak ramai...

Sepatutnya sebatan ini dilakukan dihadapan orang ramai.... Barulah ada kesedaran !!!

Jangan mempermainkan Hukum dari Allah...

Wahai Syed Abas... Inilah dasar gunakan agama untuk cari MAKAN !!!





TAWAU: Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) Datuk Syed Abas Syed Ali(gambar) berkata hukuman enam kali sebatan rotan yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Pahang terhadap seorang lelaki dan seorang wanita Islam di negeri itu kerana meminum arak adalah terlalu berat.

Sambil menyifatkan hukuman berkenaan sebagai tidak berkesan untuk mencegah umat Islam daripada minum arak, beliau sebaliknya mencadangkan supaya pendekatan pemulihan digunakan untuk mendidik umat Islam supaya tidak mendekati tabiat haram itu.

"Itu (sebatan) bukan caranya. Lebih baik umat Islam yang ditangkap meminum arak dihantar menjalani proses pemulihan untuk membolehkan mereka meningggalkan tabiat itu.

"Penagih arak bukan mudah untuk meninggalkan tabiat berkenaan. Ia seperti perokok yang sukar meninggalkan tabiat merokok," katanya di sini hari ini.

Syed Abas yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sabah kawasan Balung berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Syariah di Pahang yang mengenakan hukuman enam kali sebatan rotan terhadap Mohamad Nasir Mohamad, 38, dan Noorazah Baharuddin,22, seorang pelayan, kerana didapati bersalah meminum arak di sebuah pub di Pahang tahun lalu. Selain hukuman rotan, Mohamad Nasir dan Noorazah juga masingmasing dikenakan denda.

Syed Abas berkata menggunakan pendekatan hukuman berat seperti itu bukan sahaja tidak berkesan dalam mendidik umat Islam supaya menjauhi perbuatan haram itu, malah ia tidak akan menyelesaikan masalah berkenaan.

"Jika inilah pendekatan yang diambil, lebih baik umat Islam diharamkan sama sekali daripada memasuki kelab malam atau pub kerana majoriti mereka yang mengunjungi tempat-tempat tersebut akan minum arak.

"Kalau tidak, beribu-ribu umat Islam akan disebat kerana meminum arak. Lebih baik mereka yang ditangkap minum arak ditahan seketika untuk membantu mereka meninggalkan tabiat berkenaan," katanya.BERNAMA

0 comments: