Mahkamah bukan lagi tempat yang sesuai untuk mencari keadilan dalam isu politik di Malaysia. Ini dirumuskan oleh tiga ahli panel forum yang dibarisi Mohamed Hanipa Maidin (PAS), Harith Abdullah (KeADILan) dan M Kulasegaran (DAP) yang membincang isu semasa khususnya krisis politik di Perak itu .
Harith dalam hujahnya berkata, krisis politik di Perak berpunca daripada 'kebodohan' Umno-BN yang tidak berpuas hati dengan kekalahan mereka pada pilihan raya umum lalu.
Katanya lagi, Umno-BN dalam usaha untuk berkuasa turut memperalatkan kakitangan dan agensi kerajaan termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga suatu ketika, SPR dikatakan telah bertindak seperti polis dan hakim yang menjalankan siasatan dan menjatuhkan hukuman.
Ahli Parlimen DAP, M Kulasegaran berkata institusi tersebut tidak lagi mampu memberi keadilan. Sepanjang 25 tahun menjadi pengamal undang-undang , beliau mengetahui latar belakang sebahagian besar para hakim.
Menurutnya, "Saya sudah 25 tahun menjadi peguam, saya kenal sebahagiannya dan tahu ada diantara mereka mempunyai hubungan dengan para pemimpin Umno-BN untuk mendapat kedudukan di dalam kerjaya mereka.Itulah sebabnya saya tak bersetuju isu politik dibawa ke mahkamah kerana negara memerlukan hakim�hakim yang jujur, amanah, telus dan bebas."
Isu ini katanya memerlukan penyelesaikan politik iaitu melalui pilihan raya bagi membolehkan rakyat membuat keputusan.
Hanipa pula berkata, pihaknya telah membuat yang terbaik di mahkamah untuk memastikan prinsip keadilan terlaksana walaupun ramai yang meragui ketelusan mahkamah dalam membicarakan isu-isu politik membabit Umno-BN.
Kata beliau, pihaknya berhujah untuk mempertahankan kebenaran dan menentang kezaliman.
"Kami mempunyai hujah yang amat kuat dan telah melakukan yang terbaik, saya berharap mahkamah membuat pertimbangan berdasarkan hujah," katanya.
Menurut Hanipa, pihaknya telah dimaklumkan oleh banyak sumber termasuk dari bekas-bekas Hakim mengenai peluang untuk menang adalah tipis justeru keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Nizar lwn Zambry tidak langsung mengejutkan.
Menurut Hanipa, walaupun Umno-BN menang dalam kes berkenaan tetapi mereka sebenarnya telah hilang keabsahan dan apa sahaja yang dilakukan tidak akan dipercayai oleh massa menyebabkan kepercayaan rakyat terhadap Umno, BN, kerajaan dan agensinya semakin luntur.
harakahdaily
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi
-
* KUALA LUMPUR* : “Kezaliman rejim Zionis sebenarnya hanya akan menggali
kubur diri mereka sendiri.”
Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ber...
2 months ago
0 comments:
Post a Comment