Ramai mengakui dan mengesyaki kejadian bumbung utama Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh disebabkan penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan BN/Umno yang lepas.
Sebanyak 98% responden ujian SMS Edisi 7 berpendapat mungkin wujudnya penyelewengan di dalam pembinaan Stadium Sultan Mizan Terengganu. Hakikat ini perlulah diteliti sepenuhnya oleh SPRM dalam mencari kebenaran.
Malah ketika ini barisan kepimpinan Umno negeri Terengganu sedang bersiap sedia untuk menangkis segala tuduhan terhadap mereka.
Berikut adalah cadangan kami untuk kepimpinan Umno negeri Terengganu bagi menafikan pembabitan mereka yang menyebabkan runtuhnya bumbung utama Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin..
terdahulu....
KUALA TERENGGANU - Seluruh Negara di kejutkan dengan tragedi Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang runtuh, walaupun baru berusia 367 hari setelah dirasmikan pada 11 Mei, 2008.
Menteri Kerjaraya, Datuk Shaziman Abu Mansor, telah bergegas ke lokasi stadium yang terletak dalam kawasan Kompleks Sukan Gong Badak, sebuah kompleks yang penuh kontroversi sejak pembinaannya dirancang oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) pada era bekas Menteri Besar, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad pada 1995.
Shaziman berkata tragedi bumbung stadium runtuh itu memalukan Negara walaupun kejadian itu tidak melibatkan kemalangan jiwa.
Katanya ia menjejaskan imej negara kerana runtuhan itu membabitkan stadium baru yang belum sampai setahun digunakan.
Pada zaman kerajaan PAS memerintah Terengganu pada 1999 hingga 2004, pembinaan projek stadium telah dengan kos asal RM200 juta itu ditangguhkan.
Exco kanan kerajaan Terengganu pada waktu itu, Dato’ Wan Abdul Mutalib Embong berkata projek tersebut bukan ditolak tetapi tidak diteruskan kerana ia adalah projek yang besar belanjanya dan tidak memberi manfaat kepada rakyat, pada ketika itu.
“Masa kita ambil alih kerajaan pada tahun 1999, kita tangguhkan pembinaan stadium kerana belanjanya besar,
“kita juga mendapati (pada masa itu) tanah tapak pembinaan tersebut tidak sesuai kerana apabila kerja-kerja menanam cerucuk dilakukan, tidak jumpa tanah yang keras,
“pasal apa kita nak buat,”katanya ketika dihubungi Buletinonline semalam.
Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu, Haji Yahaya Ali turut menyokong kenyataan Dato’ Wan Abdul Mutalib.
Namun penangguhan projek mega tersebut telah di jadikan propaganda oleh bekas Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Idris Jusoh.
Ia menjadi salah satu daripada ‘wirid’ kempen Idris semasa pilihanraya umum ke 11 tahun 2004 dan propaganda tersebut berterusan apabila beliau merampas kerajaan Terengganu daripada PAS.
Roslan Abdul Rahman dalam tulisannya yang bertajuk ‘Bukan Omong Kosong’ menyatakan;
“Lapangan Terbang Baru, Stadium Baru! Lebuh Raya Pantai Timur…ia bukan omong-omong kosong bagi menyedapkan kata-kata IMPIAN MENJADI REALITI seperti dakwaan sesetengah pihak.
Pembinaan Stadium Utama yang kemudiannya di namakan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin telah dimulakan pada 27 Mac, 2005.
Ia mengambil tempoh setahun untuk mengagih-agihkan projek tersebut kerana kegiatan lobi melobi yang berlaku diantara ‘kontraktor kroni’ setelah Idris merampas kerajaan Terengganu.
Masing-masing menuntut ‘faraid’ projek-projek yang dijanjikan oleh Idris sekiranya PAS berjaya di’nyah’kan dari Wisma Darul Iman.
Semua projek-projek yang ditangguhkan pelaksanaannya oleh kerajaan Pusat apabila PAS menang, di’struktur’ semula, digelar oleh Menteri Besar Terengganu Dato’ Ahmad Said sebagai projek-projek ‘contractor driven’.
Projek-projek tersebut termasuklah pembinaan stadium bukan dicadangkan oleh kerajaan negeri tetapi ‘melayang’ dari kerajaan Pusat dengan diongkosi oleh wang royalti Petroleum.
Akhirnya projek stadium terpaksa dianugerahkan kepada tiga pihak; Emarcon, Bina Struktur dan Genggam Mercu yang terpaksa berkongsi bagi memuaskan hati semua pihak.
Perbelanjaan pembinaan stadium tersebut yang dibenarkan kerajaan adalah RM 500 juta. (syiling)
Manakala projek kembarnya ‘stadium tertutup’ diserahkan kepada bekas Bendahari UMNO Terengganu Ahmad Zaki Resources Bhd (AZRB) yang benilai RM 115 juta.
sumber: Buletin Online
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi
-
* KUALA LUMPUR* : “Kezaliman rejim Zionis sebenarnya hanya akan menggali
kubur diri mereka sendiri.”
Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ber...
4 weeks ago
0 comments:
Post a Comment