Video Dato’ Seri Mohd. Nizar Jamaluddin mengangkat Sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang di sesi permulaan Dewan Rakyat hari ini 15 Jun 2009 dan Laungan kali pertama dalam sejarah Malaysia “Hidup Rakyat” dan ” Bubar DUN” Di Dewan Rakyat…
Hot News Network
Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin diarah keluar Dewan Rakyat tidak sampai lima minit selepas mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang.
Arahan itu dikeluarkan oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia ekoran tindakan Nizar melaungkan slogan “bubar Dewan Undangan Negeri” sebaik sahaja menurunkan tandatangan angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen dan ingkar arahan supaya menanggalkan lilitan “BUBAR DUN” Perak.
Turut diarah keluar ialah beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat yang enggan mematuhi arahan Speaker supaya tidak memakai lilitan itu.Mereka ialah Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming dan Datuk Ngeh Koo Ham (Beruas) serta N. Gobalakrishnan (Padang Serai).
1 comments:
Ikuti live update dari parlimen disini
http://nmjnh.wordpress.com/2009/06/15/terkini-dari-parlimen-15609/
Post a Comment