Memang benarlah sekarang ni PLKN gagal membentuk remaja! Selain gagal dibentuk, PLKN juga menghabiskan duit rakyat ke poket Umno sahaja! One Goal.. No Spirit... No Determination...
Pergaduhan di kem PLKN banyak disebabkan perkara remeh
Kira-kira 80 peratus daripada kes pergaduhan di kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) disebabkan salah faham atau hal remeh, kata Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latif Ahmad di Dewan Rakyat, di sini hari ini.
Beliau berkata, pergaduhan dan permasalahan dalam kem PLKN adalah kes terpencil dan statistik juga menunjukkan bahawa jumlahnya semakin menurun iaitu 130 kes pada 2007, 2008 (74 kes) dan 2009 (24 kes setakat ini).
"Pergaduhan dan salah faham memang berlaku dalam kem PLKN, tapi ia berlaku kerana salah faham dan tidak dirancang," katanya semasa menjawab soalan tambahan Nancy Shukri (BN-Batang Sadong) yang ingin tahu apakah langkah yang diambil kerajaan bagi memastikan pergaduhan di kem PLKN seperti di Kem Tasik Chini Pahang, baru-baru ini dapat diminimumkan.
Menjelaskan perkara itu, Dr Abdul Latif berkata pergaduhan yang melibatkan 11 pelatih dari kaum Cina dan enam pelatih Melayu di kem berkenaan baru-baru ini berpunca daripada salah faham, ekoran peristiwa tolak menolak yang berlaku sewaktu para pelatih diminta berkumpul.
"Kerana malam lepas ada ribut, maka komander dan jurulatih panggil semua wira dan wirawati untuk berkumpul di dewan. Sewaktu beratur timbul suasana tolak menolak, ekoran peristiwa itu berlaku pergaduhan," katanya. - Bernama
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi
-
* KUALA LUMPUR* : “Kezaliman rejim Zionis sebenarnya hanya akan menggali
kubur diri mereka sendiri.”
Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ber...
4 weeks ago
1 comments:
memang sukar kalau nak melentur buluh kalau tidak bermula dari rebung. Patutnya dilatih dari rebung seperti di Singapura.
Najib bangga memberitahu Lee Kuan Yew, di Singapura pun tidak ada sekolah jenis kebangsaan Cina. Lee Kuan Yew hanya mampu tersengeh dengan gelagat bodoh Najib itu.
Post a Comment