Permohonan maaf telah dikeluarkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Paloh YB Dato Nozula Mat Diah(BN/Umno) kepada YB Dato Paduka Husam b Musa(PR/PAS) dan disiarkan di Berita Harian keluaran hari ini 2 Jun 2009.
Notis tersebut:
Pada akhir November 2007, 2 orang Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan daripada Barisan Nasional iaitu YB Dato’ Nozula Mat Diah dan ADUN Bukit Bunga Muhd. Adhan Kechik telah membuat laporan kepada pihak BPR membuat tuduhan yang tidak benar dan tidak berasas terhadap YB Husam Musa.
Antara laporan tersebut adalah:
* Laporan mengenai buku dan salah guna kuasa oleh ahli Exco kerajaan negeri Datuk Hussam Musa.
* Laporan mengenai penyelewengan Pengarah Urusan Air Kelantan Sdn. Bhd.
* Isu kegagalan pengurusan Air Kelantan Sdn. Bhd.
* Isu Kedai Majlis Daerah Machang.
* Isu Jamnapari membabitkan dana KPK.
* Penyelewengan kawasan balak untuk ladang getah serta penyelewengan Pasmengutip dana.
* Penyelewengan pembelian lot tanah mukim Gual Periuk, Pasir Mas oleh Syarikat Galeri Tanah.
* Laporan ke atas Perbadanan Menteri Besar Kelantan Berhad dan Pengarah Urusan Kompleks Perkayuan Kelantan.
* Isu Perbadanan Baru Tanjung cuba menjual rezab Melayu kepada Syarikat Kind Network Sdn. Bhd.
Pernyataan fitnah tersebut yang diucapkan dan diedarkan pada sidang akhbar tersebut telah mendapat liputan meluas di akhbar-akhbar utama tempatan dan telah disiarkan di televisyen serta boleh dimuat turun daripada laman internet yang pada masa yang relevan mempunyai jutaan pengguna, kesemuanya mempunyai akses percuma dan terbuka kepada fitnah-fitnah yang diadukan.
Tindakan kedua ADUN ini juga telah meletakkan YB Husam dalam satu kancah pertikaian umum dan mengheret beliau dalam suatu skandal, fitnah konspirasi, jenayah, kebencian dan buruk sangka umum (odium), kehinaan (contempt) awam dan tekanan serta kemudaratan mental yang amat sangat akibat kegelisahan, kerisauan dan ketakutan akan ditangkap oleh pihak berkuasa, seterusnya beroleh keaiban umum.
Pihak guaman YB Husam, mengambil tindakan undang-undang terhadap kedua Ahli Dewan Undangan Negeri berkenaan dan New Straits Times (M) Berhad. Akhirnya pihak ADUN berkenaan telah bersetuju untuk memohon maaf secara terbuka serta menarik balik segala tuduhan yang dilemparkan.
Dengan Notis Permohonan Maaf ini maka terbukti bahawa segala tuduhan liar yang dibuat terhadap YB Husam adalah fitnah semata-mata, tidak benar dan tidak berasas. Ini juga bermakna kerajaan negeri juga bersih dari segala salahlaku yang didakwa.
from:kickdefella
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi
-
* KUALA LUMPUR* : “Kezaliman rejim Zionis sebenarnya hanya akan menggali
kubur diri mereka sendiri.”
Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ber...
2 months ago
0 comments:
Post a Comment