Terkini: Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa selepas ketua umum PKR itu dibebaskan daripada tahanan, satu pasukan forensik memasuki lokap dan mengambil kesan-kesannya termasuk rambut, bulu-bulu dan sel kulit ketika ditahan pada 16 Julai lalu di ibu pejabat polis (IPK) Kuala Lumpur.
Mengikut Sivarasa , selepas Anwar dibebaskan - bahagian ini tidak divideokan - kumpulan forensik(polis) cepat-cepat masuk ke dalam bilik Anwar ditahan dan mengambil semua kesan rambut dan bulu, dan mungkin juga sel kulitnya. Katanya lagi tindakan forensik itu, "menimbulkan banyak persoalan" dan "motifnya diragui".
Sivarasa berkata, "Memang kita akan bangkitkan, dalam kes-kes lain tidak ada, tetapi dalam kes Anwar ada. Ini jadi satu persoalan. Ini menunjukkan motif pihak penyiasat. Pihak polis dalam kes ini tidak ikhlas. Ada niat politik tidak ikhlas."
Berita: Malaysiakini
Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali meninggal dunia di Institut Jantung Negara pagi
ini - Mokhzani Mahathir
-
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Tun Dr Hasmah dilaporkan meninggal
dunia di Institut Jantung Negara (IJN) jam 9.20 pagi tadi lapor Bernama
memetik M...
3 days ago







0 comments:
Post a Comment