Pakatan Rakyat akan tetap meneruskan agenda penubuhan kerajaan baru dengan mengatur strategi seterusnya iaitu untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin kata Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Syed Husin Ali
Pakatan Rakyat mengambil pendekatan terbaru ini setelah usaha Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi gagal.
Tambah beliau, ramai pihak terutamanya pemimpin Barisan Nasional (BN) sudah tersalah anggap mengenai tarikh 16 September bahawa Pakatan Rakyat akan membentuk kerajaan baru.
"Mereka salah anggap, 16 September hanyalah permulaan proses bagi kita untuk menubuhkan kerajaan, bukan menguasai kerajaan pada tarikh tersebut dan kami amat berkeyakinan bahawa kerajaan baru yang bakal diterajui Pakatan Rakyat akan dapat dibentuk secepat mungkin kerana rakyat telah memberikan isyarat untuk melihat perubahan dalam negara.", kata Syed Husain Ali
Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali meninggal dunia di Institut Jantung Negara pagi
ini - Mokhzani Mahathir
-
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Tun Dr Hasmah dilaporkan meninggal
dunia di Institut Jantung Negara (IJN) jam 9.20 pagi tadi lapor Bernama
memetik M...
2 weeks ago







0 comments:
Post a Comment