Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Wednesday, February 11, 2009

Kejayaan Yang Telah Dilakukan Oleh MB Mohd Nizar

Berikut adalah beberapa kejayaan Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat Datuk Seri Mohd Nizar sepanjang 10 bulan beliau mentadbir Kerajaan Negeri Perak. Isu-isu ini dikatakan telah lama tertangguh dibawah Kerajaan Barisan Nasional yang lalu.

1.Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin telah berjaya membatalkan kesemua aktiviti membalak dan perladangan di kawasan Orang Asli di sekitar Gopeng yang sebelum ini telah menjejaskan lebih 2,000 penduduk Orang Asli.

2.Pemulangan kira-kira 400 ekar tanah nenek moyang Orang Asli kepada masyarakat tersebut, yang telah diperuntukan untuk aktiviti pembalakan oleh kerajaan BN di Mukim Teja dekat Gopeng.

3.Pemulangan kira-kira 500 ekar tanah nenek moyang Orang Asli kepada masyarakat Orang Asli Kampung Chang Sungai Gepai di Bidor, yang telah diperuntukkan sebagai tapak Taman Botani, oleh kerajaan BN sebelum ini.

4.Menubuhkan sebuah pasukan khas mengenai hak tanah Orang Asli untuk mengiktiraf secara rasmi semua tanah adat Orang Asli di Perak. Pasukan itu mempunyai dua peringkat. Peringkat kedua dikendalikan secara eksklusif oleh masyarakat Orang Asli sendiri dan dewan mesyuarat di bangunan SUK disediakan untuk kegunaan Orang Asli.

5.Kerajaan negeri telah melantik seorang pegawai khas Orang Asli bagi negeri Perak yang ditugas untuk menyelesaikan semua masalah yang dihadapi Orang Asli di negeri tersebut.

6.Mengadakan siri perbincangan dengan rakyat dan NGO mengenai aktiviti pembangunan di Ipoh. Sebagai contohnya, pandangan awam diminta berhubung cadangan pembangunan Pasar Yau Tet Shin.

7. Penduduk Melayu dan Cina di kampung baru dan kampung tersusun diberi hakmilik kekal secara berperingkat.


Tahniah Datuk Seri Mohd Nizar dan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak...

0 comments: