DUN Selangor melalui Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) sudah memulakan siasatannya hari ini.
Esok pula, sama-sama kita saksikan Khir Toyo dan isterinya memberikan keterangan berhubung isu sumbangan besar syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Selangor kepada badan amal isteri wakil-wakil rakyat BN negeri itu.
Kedua-duanya dijangka hadir esok sekiranya badan siasatan tersebut selesai mendapatkan keterangan daripada pegawai-pegawai kanan, termasuk setiausaha kerajaan negeri Datuk Ramli Mahmud.
Datuk Ramli dan penjawat awam daripada GLC yang menyalurkan sumbangan sehingga jutaan ringgit terhadap Balkis telah memberikan keterangan dalam siasatan tersebut di bangunan DUN Selangor hari ini.
Manakala Timbalan pengurus besar Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) Mohamad Nordin Darhan, pengerusi Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) Abdul Karim Munisar dan bekas pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Datuk Harun Salim memberikan keterangan dalam sesi pagi ini.
Dalam keterangan tersebut, mereka mengakui tiada garis panduan dan kriteria tertentu dalam mempertimbangkan kelulusan untuk sumbangan kepada NGO, termasuk Balkis.
Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali meninggal dunia di Institut Jantung Negara pagi
ini - Mokhzani Mahathir
-
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Tun Dr Hasmah dilaporkan meninggal
dunia di Institut Jantung Negara (IJN) jam 9.20 pagi tadi lapor Bernama
memetik M...
3 weeks ago







0 comments:
Post a Comment