Model terkenal Indonesia, Manohara Odelia Pinot, kini didakwa telah dilarikan oleh seorang kerabat diraja Kelantan, yang juga suaminya. Keluarganya juga mendakwa beliau pernah didera, termasuk dilukakan di bahagian dadanya.
Ibu Manohara Odelia Pinot, Daisy Fajarina mendakwa, beliau ada bukti tentang penderaan tersebut.
Model itu berkahwin dengan tergesa-gesa dengan kerabat diraja Kelantan, yang berusia 31 tahun, pada 26 Ogos lalu.Pertemuan mereka berdua bermula pada Disember 2006 sewaktu Daisy dan Pinot hadir di majlis makan malam bersama Datuk Seri Najib Razak.
Akhbar Tempo edisi internet petang ini melaporkan polis republik itu akan mula menyiasat kes penculikan tersebut sekiranya mendapat laporan keluarga model tersebut.


Cerita Seram Orang Hospital
-
Cerita Seram Orang Hospital
Lain macam bila misi dan mereka yang bekerja di hospital mula berkongsi
cerita. Bukan cerita yang dibuat-buat untuk menakutkan ...
1 week ago







0 comments:
Post a Comment