Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Monday, August 11, 2008

27 Tahun Penduduk Kg Sg Plentong Tanpa Air Bersih

Sumber Dari: Berita Harian

Penduduk Kampung Sungai Plentong guna perigi dikorek sendiri

JOHOR BAHRU: Kampung Sungai Plentong di sini dibuka 27 tahun lalu, namun sehingga kini kampung tradisi yang berada dalam Iskandar Malaysia itu masih belum mempunyai bekalan air bersih. (Apa sudah jadi??? Kawasan Parlimen Johor Bahru, YB Dato' Shahrir Samad, kawasan BN, Kawasan U**O)
TIADA PILIHAN:
Gambar kiri: Kak Mastura terpaksa bergantung kepada perigi untuk bekalan air harian.
Gambar kanan:S Nagavami mengubah suai alatan bagi memudahkannya mengambil air dari perigi.

Selama ini, 67 keluarga di kampung itu terpaksa menggunakan air daripada perigi yang dikorek setiap rumah yang tahap kebersihan air dan tadahannya masih diragui.

Sehubungan itu, mereka memohon belas ihsan dan jasa baik kerajaan negeri untuk menyediakan bekalan air bersih seperti yang dinikmati kawasan kampung serta taman perumahan berdekatan.(kenapa penduduk perlu merayu..... mana tanggungjawab wakil rakyat di situ ?? Adakah wakil rakyat di situ masih tidur atau terlena dibuai mimpi indah???? Wahai rakyat Johor ! Pakat-pakatlah tukar kerajaan ...)

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), A Malik Muin, berkata sehingga kini belum ada bekalan air bersih di kawasan kampung itu bagi memudahkan penduduk menjalankan aktiviti harian.

Katanya, wakil rakyat kawasan itu pernah menjanjikan bantuan penyambungan paip air dan elektrik, namun hanya penyambungan elektrik saja yang dikotakan.(Siapa wakil rakyat yang berjanji tu....27tahun mereka menetap di situ....bukannya 3~4 bulan....)

"
Saya dan penduduk amat mengharapkan bantuan itu. Kami tidak tahan untuk menanti apa yang dijanjikan.

"Sehingga ke hari ini, penduduk masih lagi menggunakan perigi sebagai alternatif bagi kemudahan air untuk membasuh, memasak dan sebagainya," katanya.

Malik berkata, penduduk mulai lega selepas kawasan kampung berkenaan diberikan kemudahan elektrik tiga tahun lalu berikutan selama ini hanya menggunakan generator. Bagaimanapun, beliau berkata, penduduk masih lagi mahukan penyambungan paip air bagi kegunaan seharian.

“Sejak 20 tahun lalu, pembangunan kampung ini tidak mengalami banyak perubahan yang besar. Walaupun, wakil rakyat ada berusaha mengadakan penyambungan elektrik dan membuat jalan kawasan kampung, seakan tidak bermakna sekiranya penduduk tidak mempunyai air untuk diminum serta makan," katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.
(Minta wakil rakyat tinggal di situ untuk beberapa hari.....baru mereka tahu bagaimana perasaan rakyat di situ...)

Suri rumah, Mastura Ali Atamimi, 39, berkata sejak beliau mendiami kawasan berkenaan, beliau hanya bergantung pada perigi air untuk kegunaan seharian seperti memasak, membasuh dan kegunaan lain.

"Penduduk ada membuat aduan, namun tiada jalan penyelesaian dan ini mengakibatkan ramai penduduk berhijrah ke kawasan lain.

"Oleh itu, kami sentiasa memohon pengerusi JKKK meminta bantuan syarikat air untuk membekalkan air selain mengatasi masalah kekurangan air perigi," katanya.

Suri rumah, Pawathy, 46, berkata air perigi yang diambil kotor dan kekuningan yang memaksa beliau sekeluarga menunggu proses menapis sebelum memasak air itu.


( Syabas rakyat Johor kerana memilih U**O dan B/N untuk menjaga mereka....)

1 comments:

Pemimpin Palsu Orang Benci
Pemimpin yang sejati lagi hakiki itu orang hormati dan sayangi hingga mati

Pemimpin yang palsu makin ke hujung kepimpinannya makin orang benci

Kerana takut, rakyat di hadapannya pura-pura hormat, di belakangnya dikutuk dan dilaknat

Pemimpin yang gagal untuk taatkan rakyat, banyak akta dan peraturan yang dibuat

Berbagai-bagai undang-undang yang dibuat untuk menyekat

Apabila dengan undang-undang pun gagal mengawal rakyat

Ugutan-ugutan pun dibuat

Gertak-gertak dan bentak-bentak dilakukan selalu apabila bercakap

Bercakap selalu marah-marah, jasa dan baktinya mulalah diungkit-ungkit di hadapan rakyat

Menuduh rakyat tidak mengenang jasa

Bercakap selalu sahaja mengikut rasa

Pertimbangan sudah tidak ada

Selalu sahaja melatah, selalu sahaja menuduh melulu

Apabila berbagai cara dibuat, rakyat makin marah

Rakyat makin mengata, orang ramai makin menghina

Tuduhan-tuduhan pun dibuat oleh pemimpin yang sudah kecewa

Carilah salah musuh-musuhnya, yang kecil dibesar-besarkan

Yang tiada diada-adakan

Diwujudkanlah perkara-perkara yang tidak wujud

Maka tangkapan pun dilakukan untuk mempertahankan kedudukan

Begitulah pemimpin yang tidak popular

Yang gagal mendidik rakyat

Sepatutnya mengundur diri, bukan bertindak terhadap rakyat