dari Malaysiakini...
Khairy: Kita 'kuburkan' politik Anwar |
Beh Lih Yi | Aug 21, 08 2:34pm |
Barisan Nasional (BN) bukan sahaja akan mengalahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh, tetapi akan turut 'menguburkan' karier politiknya. Itulah azam Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dalam satu ceramah di Seberang Jaya malam tadi. Beliau memberitahu para hadirin bahawa pilihanraya kecil Permatang Pauh akan menentukan masa depan negara.(ia juga menentukan masa depan Khairy.... Anwar naik...Khairy 'terkubur'...) Dalam ceramah selama 30 minit itu, Khairy berkata, cabaran sebenar bagi calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah ialah untuk menamatkan karier ketua pembangkang yang 'rakus kuasa'.(Khairy rakus duit rakyat....pergi jahanam KJ..) Oleh itu, katanya, BN akan menguburkan karier politik Anwar supaya masa depan negara ini bebas dan selamat daripada penasihat PKR itu.(Tapi rakyat akan kuburkan BN termasuk Khairy ... kami tak selamat bawah BN ... BN zalim dan khianat kepada rakyat.....) Dalam ucapannya itu, Khairy turut membidas pemimpin pembangkang itu, termasuk rancangan Anwar untuk menubuhkan kerajaan. Beliau juga turut menyentuh tentang hubungan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat dan tuduhan liwat terhadap penasihat PKR itu. Merujuk kepada penahanan dua exco kerajaan negeri Perak oleh BPR semalam, Khairy membidas parti pembangkang sebagai tidak konsisten dalam kempen mereka membasmi rasuah.(BN pergunakan BPR, SPR ...dasar keparat...) Khairy turut menyentuh kontrak bernilai lebih RM15 bilion yang didakwanya diberi oleh Anwar kepada para kroninya tanpa tender, sewaktu mantan timbalan perdana menteri berada dalam kerajaan.(Kalau benar Anwar sebegitu tolong laporkan kepada BPR segera...... tapi aku rasa Khairy bercakap pasal diri dia agaknya... BPR tolong siasat KJ ni.....) Khairy yang juga menantu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi turut meminta Anwar mendedahkan sumber perbelanjaannya untuk menghadapi pilihanraya kecil Permatang Pauh.(jangan lupa Khairy...Kau telah gunakan semua kekuatan dan perbelanjaan wang kerajaan sewaktu Piliharaya di Rembau Mac lalu... tak malu... kau ingat semua orang Rembau seperti aku suka kat kau....insyaallah akan terbongkar juga rahsia ni satu hari nanti...) Katanya, beliau bimbang jika Anwar terpilih sebagai wakil rakyat dan menubuhkan kerajaan pusat, penasihat PKR itu akan menjual negara ini kepada Amerika Syarikat. Oleh itu, kata Khairy, beliau mahu tahu dari mana datangkan dana untuk membiayai jentera pilihanraya Anwar.(Khairy kau tak tahu ke kat mana Anwar dapat Dana untuk pilihanraya ni.. bodoh betul spy kau... ) "Dana Anwar datangnya daripada setiap rakyat yang ingin MERDEKA dari Penindasan dan Kezaliman BN" |
0 comments:
Post a Comment