Najib tagih simpati rakyat ... Kononnya jaga hati rakyat...
"Tak perlu tunggu Anwar turunkan harga minyak, kerajaan pun boleh turunkan" Najib
Oleh Bernama
Selasa, 19 Ogos 2008
PP: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan boleh menurunkan harga minyak dalam tempoh terdekat jika harga bahan bakar itu kekal pada AS113 setong.(Kalau boleh kenapa tak buat dalam kadar segera.... kalau nak naik tak perlu lak dia nak tunggu - tunggu..sedar-sedar dah naik esokannya..)
"Sehari dua ini, mungkin ada berita baik. Harga minyak boleh dikaji semula," katanya ketika berucap pada majlis bertemu rakyat di Permatang Tengah di sini hari ini. (sikit-sikt perlu kaji.... kaji apa???? kaji macam mana nak masukkan duit dalam poket dia ke??)
Najib yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata tidak perlu menunggu Penasihat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri bagi menurunkan harga minyak, sebaliknya kerajaan juga boleh berbuat demikian jika harga minyak kekal pada paras itu. (hanya kerajaan sahaja yang ada hak untuk turunkan harga... bodoh betul ... tapi hingga hari ni kerajaan masih nak kaji-kaji lagi... kalau DS Anwar Ibrahim jadi PM dah tentu dia buat serta merta.. tak perlu kaji lama-lama...)
"Kalau harga minyak dunia turun, kerajaan boleh turunkan harga minyak. Ini boleh ditunaikan," katanya. (tunaikan lah... cakap je..)
Selain itu, katanya kerajaan juga akan mengumumkan berita baik untuk rakyat pada pembentangan Belanjawan 2009 pada 29 Ogos ini. (Ya ke... bukankah kerajaan BN dah ambil harta rakyat lebih 50tahun... konon umumkan berita baik.. saja nak kaburi rakyat... rakyat tak mudah lupa.. BN /UMNO masih tetap tak relevan....)
"Ada berita baik nanti dalam belanjawan. Tunggulah," katanya. (Berita baik yang kami tunggu adalah jatuhnya kerajaan BN /UMNO... terutama sekali Pak Lah , Najib dan kuncu-kuncunya..)
Najib berkata langkah kerajaan itu bertujuan bagi mengurangkan beban yang ditanggung rakyat ketika ini berikutan peningkatan kos hidup.
"Kerajaan tidak mahu rakyat dalam kesempitan hidup," katanya yang meminta supaya rakyat tidak terpengaruh dengan janji-janji pembangkang yang belum pasti boleh ditunaikan. (sedarlah BN dan UMNO ... janji-janji kau kata juga masih banyak yang belum dikotakan lagi... )
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi
-
* KUALA LUMPUR* : “Kezaliman rejim Zionis sebenarnya hanya akan menggali
kubur diri mereka sendiri.”
Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ber...
2 months ago
0 comments:
Post a Comment