Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Wednesday, August 27, 2008

Pelan peralihan kuasa perlu disegerakan - Mukhriz

Selepas BN/UMNO mengalami kekalahan dalam pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh, mereka terus bergolak dan mengalami keretakan yang serius.

Terkini Datuk Mukhriz Mahathir minta pelan peralihan kuasa pucuk pimpinannya(UMNO) disegerakan sebelum pemilihan Umno, Disember ini, katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Katanya lagi pelan peralihan kuasa itu tidak boleh ditangguhkan lagi berikutan ‘isyarat kedua’ yang diberikan rakyat pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, semalam sehingga menggerunkan ahli-ahli UMNO dan BN yang lain.

Manakala Tengku Razaleigh Hamzah memberitahu kelemahan Pak Lah Badawi dan Najib Razak sebagai punca utama kekalahan Barisan Nasional (BN) / UMNO dalam pilihan raya kecil tersebut. :(

Cuma Pak Lah seperti biasa masih tidur dan terus terlena dibuai mimpi indah ....

Lebih teruk lagi kata Ku Li, keadaan ini amat merbahaya kepada negara dan tidak boleh diteruskan kerana Pak Lah tidak mempunyai kredibiliti yang diperlukan bagi mengekalkan kestabilan negara.

Maka dengan itu cepat-cepatlah Pak Lah dan BN berundur sebelum dimalukan pada 16 September ini....


0 comments: