Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Wednesday, August 6, 2008

Anwar Ibrahim Akan di Dakwa Esok

Berita Harian Online & UM

Anwar dibawa ke mahkamah esok

KUALA LUMPUR: Peguam kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sankara N Nair hari ini mengesahkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR)itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret, Jalan Duta, esok.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut tujuan Anwar dibawa ke mahkamah.

Ini berikutan kehadiran Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Brickfields, Deputi Supritendan Jude Pareira menyerahkan sapina kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di kediamannya di Segambut Dalam di sini pada pukul 12.05 tengah hari ini.

Pegawai polis itu tiba di rumah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan sebuah kereta peronda dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Beliau berada di rumah Anwar selama 15 minit untuk menyerahkan sapina tersebut yang menghendaki Anwar berada di Mahkamah Majistret di Jalan Duta, esok.

Anwar dijadual mengadakan sidang media di Ibu Pejabat PKR, jam 3 petang ini.

0 comments: