Cubaan Rosmah nak jatuhkan DS Anwar Ibrahim di Permatang Pauh. Memang benar Rosmah ada agenda tersendiri terhadap DSAI. Agendanya ... dia mahu pastikan dia bergelar isteri kepada PM.....
Rosmah: Pentaskan 'Ibu Zain' ke seluruh negara termasuk Permatang Pauh
15-08-2008 02:04:41 PM
KUALA LUMPUR: Teater 'Ibu Zain' akan dipentaskan ke seluruh negara sekiranya terdapat permintaan, termasuk ke Permatang Pauh bagi memberi peluang penduduk kawasan itu menghayati perjuangan Umno mencapai kemerdekaan.(Kenapa perlu dihayati perjuangan UMNO... yang perlu kita hayati adalah perjuangan Islam... )
Penaung Kehormat teater itu Datin Seri Rosmah Mansor berkata tenaga produksi teater itu memang berminat untuk mementaskan teater yang menceritakan perjuangan Ibu Zain ke Permatang Pauh bagi menyedarkan orang kawasan itu tentang perjuangan pemimpin terdahulu dalam menuntut kemerdekaan negara.(Penduduk Permatang Pauh dah lama sedar Rosmah.... UMNO tak jaga rakyat..... sebab tu mereka memilih Pakatan Rakyat... bukan Bee End)
"Mereka nak juga membawa teater ini ke Permatang Pauh sebagai satu cara untuk menyedarkan orang Permatang Pauh tentang pejuang Umno dan merdekanya negara kita ini oleh kerana pejuang Umno, pejuang mereka yang terdahulu," kata isteri Timbalan Perdana Menteri itu ketika menjadi tetamu rancangan Helo Malaysia terbitan Bernama TV.(sedarlah Rosmah bukan UMNO sahaja yang berjuang untuk kemerdekaan negara ini.... )
Rosmah berkata anggota Umno, Puteri dan Pemuda harus menonton teater ini supaya mereka dapat menghayati perjuangan orang lama yang terpaksa bergolok-gadai demi memartabatkan maruah bangsa.(Benar itu dulu... dah menjadi sejarah pun... tapi sekarang pemimpin UMNO terpaksa menghabiskan harta rakyat untuk diri mereka sendiri...)
Beliau berkata pementasan seperti ini mampu memupuk nilai murni dalam jiwa generasi muda memandangkan menggunakan medium pementasan lebih efektif untuk diingati berbanding pembacaan.( Salah tu Rosmah.... Hanya Islam je yang dapat memupuk nilai murni umatnya... )
0 comments:
Post a Comment