Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Tuesday, August 26, 2008

Hari Mengundi Di Permatang Pauh

TERKINI!

Mengikut laporan terkini, Dato' Seri Anwar Ibrahim selamat mengundi jam 9.50 pagi ini di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti, Kubang Semang dekat sini selepas hampir 10 tahun terhalang akibat kezaliman Barisan Nasional (BN).

Pihak polis membuat kawalan ketat sejak semalam dan terdapat beberapa sekatan jalan raya untuk tiba di kawasan tempat mengundi.Terdapat ramai wartawan dan jurugambar media tempatan dan asing sudah berhimpun sejak awal pagi lagi untuk menanti ketibaan Anwar.

Proses pengundi setakat ini berjalan lancar.

Setakat ini keadaan masih lagi terkawal biarpun penyokong kedua pihak memenuhi kawasan tersebut terutama di bangsal panas yang terletak berhampiran dengan tempat mengundi.

Kereta-kereta yang membawa pengundi-pengundi kelihatan sibuk berulang alik membawa pengundi ke sekolah tersebut.

Suasana di Lebuh raya Butterworth Kulim expressway juga dipenuhi dengan penyokong-penyokong kedua-dua parti.

Gambar-gambar sekitar Hari Mengundi Permatang Pauh

Daripada : Wartawan rasmi Laman Reformasi





0 comments: