BEGINILAH NASIB YANG DIALAMI OLEH RAKYAT BERPENDAPATAN RENDAH. DITINDAS TANPA MENDAPAT PERHATIAN DAN PEMBELAAN SEWAJARNYA. SAMA-SAMA KITA BANTU MEREKA MERINGANKAN BEBAN YANG TERTANGGUNG.
(Dari Sinar Harian 8.8.2008)
Penduduk yang menyewa di rumah pangsa Dadimur Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Taman Desa Batu Caves meminta jasa baik pihak MPS menangguhkan perpindahan mereka sehingga akhir tahun ini.
Sebilangan penduduk di sini telah diberi notis pemberitahuan tentang penamatan penyewaan rumah pangsa itu sehingga 31 Oktober ini bermula kelmarin.
Salah seorang penduduk, Mumtaz Abdullah berkata, rata-rata yang menyewa di flat ini adalah golongan yang tidak berkemampuan dan memerlukan wang yang banyak untuk membayar deposit rumah sewa lain.
Mengikut laporan Sinar Harian, pihak MPS mahu penghuni-penghuni di situ mengosongkan rumah untuk tujuan baik pulih dan mencadangkan untuk menjual semula unit-unit rumah pangsa itu.(Inilah .... fikirkan buat duit sahaja... langsung tak fikirkan khidmat masyarakat )
Bagi V.Elizabirthamah, dia bukan tidak mahu akur pada arahan yang dikeluarkan namun meminta MPS menangguhkannya kerana pada bulan Oktober itu, mereka akan menyambut Deepavali. Ini menyebabkan mereka kekurangan wang untuk menyewa lori dan mencari rumah baru. Dia menyewa di situ kerana sewa yang dikenakan murah iaitu sebanyak RM300 sebulan dan berdekatan dengan tempat kerjanya.
“Saya begitu tertekan dengan keadaan sekarang dan memikirkan persekolahan anak-anak sekiranya terpaksa berpindah ke tempat lain,” katanya yang juga merupakan ibu tunggal.
Seorang warga emas S Muthusamay berkata, dia sukar berpindah ke tempat lain kerana kurang berkemampuan dan uzur.
“Sebelum ini saya mengharapkan duit pencen untuk membayar sewa rumah di sini namun selepas ini saya tidak tahu di mana hendak mendapatkan wang untuk proses perpindahan nanti dan lain-lain lagi,” katanya kesal.
Penduduk berharap pihak MPS dapat memberikan tempoh sehingga hujung tahun ini untuk mereka berpindah dan sekiranya MPS mahu menjualkan unit-unit rumah itu kepada orang ramai penduduk berharap mereka yang menyewa di situ diberikan keutamaan untuk membelinya.

0 comments:
Post a Comment