Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Friday, August 15, 2008

Badminton Olimpik: Chong Wei jumpa Hyun-il untuk ke final

Lee Chong Wei memerlukan satu lagi kemenangan untuk membawanya ke peringkat akhir badminton Sukan Olimpik Beijing. Beliau juga menjadi pemain perseorangan pertama negara singgah ke separuh akhir selepas Rashid Sidek pada 1996.

Chong Wei hanya perlu memastikan kejayaan di peringkat ini jika mahu sekurang-kurangnya pingat perak.

Perlawanan antara Lee Chong Wei dan Sony Dwi Kuncoro semalam jelas kelihatan pemain negara mudah menjinakkan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2004 itu 21-9, 21-11.

Di separuh akhir, Chong Wei akan berdepan dengan Lee Hyun-il dari Korea Selatan yang menewaskan pemain tuan rumah China, Bao Chunlai, 23-21, 21-11 manakala satu lagi saingan peringkat sama adalah di antara Chen Jin (China) menentang Lin Dan yang menewaskan Peter Gade Denmark, 21-13, 21-16.

Sementara itu, Misbun Sidek yang juga jurulatih Rashid ketika 1996, berkata Chong Wei masih berada pada landasan tepat dengan fokus pemain itu begitu jitu.

Perlawanan antara Lee Chong Wei dengan Lee Hyun-il(Korea Selatan)akan berlangsung pada hari ini (15 Ogos 2008)pukul 18.30pm Beijing University of Technology Gymnasium.

0 comments: