Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Wednesday, August 13, 2008

Susulan Protest Pelajar UiTM pada 12 Ogos 2008

Tertarik saya membaca artikel ini dari Tranungkite Online.... susulan tindakan pelajar-pelajar UiTM..kalau tak keluar isu ni, tak tau pun kat UiTM dah ada Persatuan Mahasiswa Hadhari ...dan sungguh hairan kenapa baru sekarang student UiTM nak jadi hero jalanan pula terutama si mamat Lokmann Ulhakim Bin Mohamad Idris...Mungkin dia nak jadi sehebat rakannya SayPol tu...

Oleh hermansamsudeen
Dilulus terbit oleh tranungkite online pada Wednesday, August 13 @ 15:30:00 MYT oleh reformis

Saya tertarik dengan penulisan Ust. Idris yang saya kira ada benarnya. Kisah kebangkitan 5000 mahasiswa UiTM yang membantah kenyataan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim benar-benar diluar jangkaan. Saya juga tidak bersetuju terhadap kenyataan itu. Tetapi tak perlulah dihuraikan disini, kerana saya lebih suka memfokuskan pada kebangkitan Mahasiswa UiTM yang saya kira agak misteri.

Seingat saya, gerakan lantang mahasiswa UiTM telah lama dikuburkan oleh Pengerusi Umno Cawangan UiTM iaitu, Ibrahim Abu Shah. Selepas sahaja beliau menjadi Naib Canselor maka bermulalah regim Umno yang sebenarnya.



Pada awal 2001 Ibrahim Abu Shah menukar dasar berpersatuan di kalangan Pelajar UiTM dimana semua persatuan yang mengunakan nama Agama seperti Islam dan Bangsa seperti Melayu diharamkan. Dengan itu semua persatuan seperti Persatuan Mahasiswa Islam, PKPIM dan Gabungan Pelajar Melayu diharamkan ketika itu.


Gerakan mahasiswa ditekan dan dilarang untuk bersuara. Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajarnya pula di tapis. Semua dekan tidak dibenarkan menyokong permohonan bertanding bagi mana-mana mahasiswa yang lantang menentang dasar Universiti dan Kerajaan BN.

Mahasiswa dilarang membaca akhbar pembangkang atau mendengar kaset ceramah pembangkang. Mahasiswa tidak dibenarkan mengeluarkan sebarang kenyataan atau membuat pengucapan awam.

Bekas Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UiTM, Khairul Rizal Arshad pernah dihukum kerana membaca khutbah jumaat, walhal beliau telah diberikan laluan sebagai pemimpin pelajar oleh Pusat Islam. Difahamkan bahawa selepas itu pengarah Pusat Islam turut diberikan amaran Keras.

Mahasiswa juga dilarang menunjukan sokongan atau bantu parti pembangkang. Tapi setiap kali sesi pemilihan Umno, Mahasiswa UiTM akan diheret untuk menjadi petugas bagi menguruskan peti-peti undi pemilihan.

Zaman gelap Mahasiswa UiTM berterusan, tidak ada lagi mahasiswa UiTM yang dibenarkan tampil menjadi juru bicara mahasiswa. Yang ada hanyalah pemimpin Mahasiswa yang lesu dan sekadar menyalak bila disuruh oleh tuannya, iaitu Ibrahim Abu Shah yang menjadi penyokong kuat Umno.

Dalam isu membuka 10 peratus kuota bukan Melayu dalam UiTM oleh Khalid Ibrahim ini, akhirnya Mahasiswa dikerahkan juga. Mereka dikerahkan secara tiba-tiba untuk menunjukkan begitu Melayunya universiti ini. Walhal suatu ketika dahulu Ibrahim Abu Shah pernah mematikan organisasi anak-anak Melayu hingga menyebabkan kepimpinan organisasi Melayu peringkat nasional diwarisi oleh graduan dari Universiti lain.

Selain itu, Universiti ini juga menekankan penggunaan Bahasa Inggeris dalam penulisan tesis, peperiksaan dan kebanyakkan mata pelajaran. Tujuannya adalah untuk memastikan anak Melayu dapat menguasai bahasa Inggeris, tapi akhirnya mereka lupa untuk daulatkan Bahasa Melayu di Universiti yang mengagungkan Bangsa Melayu ini. Sewajarnya agenda mendaulatkan Melayu bermula dari Universiti ini, dunia pendidikannya haruslah diwarnai dengan citra Melayu. Universiti ini wajar menjadi peneraju bagi penterjemahan ilmu-ilmu dalam bahasa Inggeris ke bahasa Melayu sebagai mana Universiti-Universiti Jepun berjaya memartabatkan Bahasa Jepun sebagai bahasa pengantar dalam bidang Ilmiah.

Tindakan konservatif Ibrahim Abu Shah dalam usaha menaikkan imej Melayu sebenarnya gagal.

Tidak cukup memanjat gunung Everest dan melahirkan banyak pakar sedangkan kualiti sebahagian besar graduannya gagal dalam aspek moral.

Pelacuran, dadah dan juga gejala sosial menjadi sebahagian dari silibus dunia akademiknya. Ramai Mahasiswa UiTM yang tinggal diluar kampus hanyut dan tidak dapat dikawal oleh Ibrahim Abu Shah. Malah beliau saban tahun membenarkan konsert-konsert yang tiada unsur akademik diadakan bagi meraih populariti sebagai Universiti yang hebat dalam semua hal!

Penumpuan gerakan mahasiswa terhadap isu-isu besar masyarakat sekelilingnya mati dan tertanam dengan semangat yang kian layu.

Kehadiran semula mereka melalui demontrasi di hadapan SUK Selangor jelas menunjukan kelonglaian itu, hingga ada juga mahasiswa yang boleh ketawa dan buat lawak bodoh sebagai hiburan semasa sesi demontrasi itu. Ini berlaku kerana mereka dipaksa untuk berdemontrasi dan mereka pun sebenar tidak faham isu yang diperjuangan sebagaimana apa yang difikirkan oleh Presiden mereka, Luqmanul Hakim Mohamad Idris.

Apa yang pasti, kenyataan Khalid Ibrahim itu berjaya membangkitkan mereka dari ‘kubur’ keramat di seksyen 1, Shah Alam itu.

Saya juga difahamkan bahawa sebenarnya mereka juga lupa nak mohon permit. Nasib baiklah FRU tak datang, kalau tidak bertempiaran lari budak-budak ini meninggalkan presidennya.

Walau apa pun, tahniahlah kerana berjaya menjadi hero buat seketika. Tapi kalau nak lagi hebat lagi, marilah turun berdemontrasi membantah kenaikan harga minyak yang turut membebankan Mak Ayah anda semua.

"


0 comments: