Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Wednesday, August 20, 2008

Debat Guan Eng dan Koh Tsu Koon

Saksikan Debat Diantara Lim Guan Eng dengan Koh Tsu Koon ini.
Lihat dan dengar...dan fikirkan sendiri...siapa yang jujur dan siapa yang tidak jujur..




___________________________________________________________________________

Malam ini saksikan debat di antara Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng(Pakatan Rakyat) dengan Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri Koh Tsu Koon (BN) di Siaran langsung di TV9 dan NTV7 jam 9 malam ini ...siaran tertunda di TV3 12.30 malam .

Dalam debat ini nanti, Tan Sri Koh Tsu Koon yang juga bekas Pengerusi Penang Development Corporation (PDC)dikehendaki menjelaskan sejelas-jelasnya tentang kehilangan keuntungan RM500.000 atau deposit 10 peratus pembelian tanah di Tanah Perindustrian Bukit Minyak selepas Popular Profile Sdn Bhd tidak mampu membayar harga pembelian penuh sebanyak RM5.5 juta.


"Rakyat berhak tahu mengapa kesilapan boleh berlaku di bawah pentadbiran terdahulu dan paling penting kenapa tiada sebarang tindakan diambil bila mengetahui berlaku kesilapan.," kata Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang.

Katanya lagi, "tuntutan PDC terhadap PPSB untuk mengembalikan semua bayaran 10 peratus harga belian sebanyak RM554,040.71 yang telah disalah bayar kepada PPSB."

Menurut beliau, pada 9 Mei 1997 PPSB surat perjanjian jual beli antara PDC dan PPSB telah disempurnakan oleh kedua-dua pihak pada harga belian sebanyak RM5,540,470.11. Di mana PPSB membayar sejumlah RM1,108.083.42 pada 9 Mei 1997 yang merupakan harga belian tanah tersebut.

Pada 30 Mei 1998, PPSB memohon untuk menamatkan perjanjian dan merayu pengembalian wang 20 peratus yang telah di bayar. Pada 24 Ogos 1998 PDC memutuskan untuk melesapan 10 peratus daripada harga belian dan mengembalikan wang selebihnya, sekira ada.


Ketua Menteri Pulau Pinang itu dijangka mengemukakan beberapa soalan bagi menyelesaikan permasalahan yang timbul sehingga membuatkan orang ramai mempertikaikan tindak tanduk bekas Ketua Menteri dari BN itu.

0 comments: