Update: 10.25pm
Keputusan perlawanan badminton peringkat separuh akhir, Lee Chong Wei menewaskan pemain Korea Selatan, Lee Hyun-il dengan 21-18, 13-21, 21-13 di Sukan Olimpik Beijing yang berlangsung selama 62minit.
Ketika set penentuan bermula Lee Chong Wei nampak begitu garang sehingga meninggalkan jauh lawannya itu dalam kedudukan 8-1 tetapi Lee Hyun-il pula hampir mengejar beliau dikedudukan 12-10. Pada ketika inilah Lee Chong Wei cuba untuk menjarakkan kembali kedudukannya 19-11 dan seterusnya menamatkan perlawanan 21-13 untuk menempah pingat emas atau perak pada hari Ahad nanti.
"Saya begitu yakin akan memenangi set ketiga , walaupun tewas di set kedua," kata Lee Chong Wei setelah tamat perlawanan itu tadi.
Dia akan beraksi di final Ahad ini untuk melakar sejarah yang bakal menghadiahkan pingat emas pertama negara dalam temasya Olimpik. Lawannya pada hari Ahad pula nanti adalah di antara Lin Dan.
Tahniah Lee Chong Wei !!!

0 comments:
Post a Comment