Daripada Blog Puan Zuraida Kamaruddin
Berita Tergempar - Sebentar tadi saya telah mendapat mesej dari beberapa penduduk kampung yang memaklumkan UMNO dan BN sedang giat mengatur program merakyat mereka dengan menabur wang kepada seluruh penduduk di Permatang khusunya bagi pengundi di parlimen tersebut.
Sejurus mendapat mesej tersebut saya bersama Puan Zuraida bergegas ke lokasi bagi melakukan tinjauan. Untuk mendapatkan kepastian dan mengelakkan fitnah saya sendiri menyamar menjadi media arus BN untuk mendapatkan beberapa gambar di dewan tersebut yang berhadapan dengan Politeknik Seberang Perai.
Ternyata mesej yang saya terima benar-benar mengejutkan saya dengan apa yang saya lihat di harap dapat di kongsikan dengan saudara sekalian.
Difahamkan penduduk kampung khususnya bagi pengundi Permatang Pauh mendapat peluang untuk mendapatkan pinjaman sebanyak RM 3000 seorang selepas pilihan raya kecil Permatang Pauh. Di samping itu dikatakan mereka yang hadir untuk mendapatkan skim penipuan UMNO ini juga mendapat RM 50 seorang bagi tujuan pengangkutan. ( Yang sebenarnya untuk mempengaruhi pengundi )
Namun syaratnya mereka perlu menyerahkan kad pengenalan mereka dan juga membuat semakan pengundian untuk mendapatkan pinjaman tersebut.
Ternyata penduduk kampung di perbodohkan mereka dengan janji palsu mereka. Masakan mereka boleh memberi RM 3000 seorang ? Inilah dia BN menipu rakyat demi kepentngan mereka. Namun ada juga yang dapat terus wang pinjaman tersebut melalui cek MAYBANK namun ia bertujuan bagi mengaburkan mata penduduk tersenbut dan memperdaya penduduk. Namun saya yakin sebilangan yang mendapat cek tersebut mungkin juga orang yang berpengaruh yang mungkin juga ketua cawangan.
Ternyata mereka dalam keadaan terdesak. Banyak lagi yang akan di lakuakan lebih-lebih lagi di saat-saat getir seperti ini. Saya pasti buletin utama pada malam ini akan menyiarkan lebih banyak provokasi yang semuanya memburukkan PR.
0 comments:
Post a Comment