ISU KENAIKAN SEWA PPR / COUNCIL HOME AKAN DISELESAIKAN TIDAK LAMA LAGI
Kenyataan Media Pejabat Dato' Menteri Besar Selangor.
SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO' MENTERI BESAR SELANGOR
Kenyataan Media Pejabat Dato' Menteri Besar Selangor.
Kerajaan Negeri Selangor atas dasar keperihatinan yang tinggi terhadap kebajikan dan keselesaan rakyat begitu komited untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul ekoran daripada kenaikan kadar sewaan bagi PPR dan Council Home di negeri ini. Golongan yang benar-benar tidak berkemampuan iaitu mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada RM1500 sebulan dan golongan kurang upaya (OKU) akan diberi bantuan untuk menyelesaikan masalah bayaran sewa mereka. Permohonan bantuan boleh dibuat melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor yang terletak di Tingkat 5, Podium Utara, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Selain dari itu, kerajaan negeri juga akan mempertingkatkan pengurusan dan penyelenggaraan di sesetengah PPR yang dirasakan kurang sistematik bagi memastikan kediaman yang disediakan adalah kondusif dan selesa serta setimpal dengan nilai sewaan yang dibayar oleh penduduk. Sejajar dengan matlamat tersebut, kerajaan negeri akan menubuhkan satu Perbadanan Pergurusan bagi mengawal selia dan mengurus semua PPR / Council Home di negeri Selangor bertujuan memastikan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembersihan kawasan perumahan terlibat dilaksanakan mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
Untuk mengelakkan dari adanya pihak yang cuba mengambil kesempatan di atas bantuan yang diberikan maka kerajaan negeri akan senantiasa memantau dan seterusnya mengambil tindakan tegas keatas mereka yang sengaja membuat bayaran lewat atas alasan tidak berkemampuan sedangkan sebenarnya berkemampuan.

Berita di Sinar Harian (13Nov2008)
Terus bantah hingga sewa turun: Johari
PETALING JAYA – Penduduk yang terlibat dalam pemindahan di rumah transit, Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Lembah Subang dan Seksyen 8, Kota Damansara, dekat sini akan terus membuat bantahan secara aman dan hanya akan berhenti sekiranya kadar sewa yang dikenakan diturunkan kepada asal.
Penduduk di kedua-dua PPRT itu mendakwa kenaikan mendadak kadar sewa di situ iaitu RM124 kepada RM250 sebulan membebankan mereka yang rata-ratanya daripada golongan keluarga yang berpendapatan rendah, ibu tunggal, warga emas dan juga orang kurang upaya (OKU).
Malah, sejak kadar sewa dinaikkan enam bulan lalu, ramai penduduk yang tidak mampu membayar sewa tepat pada masanya sehingga ada di kalangan mereka mengumpul jumlah tunggakan sewa yang banyak.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak PPRT Kota Damansara dan Lembah Subang, Johari Nandar berkata, penduduk akan terus mengadakan siri bantahan secara aman sehingga kadar sewa di kedua-kedua PPRT itu diturunkan kepada kadar sewa yang asal.
Menurutnya, bantahan tersebut adalah sebagai mesej kepada kerajaan negeri bahawa penduduk tidak setuju dan membantah sekeras-kerasnya kenaikan kadar sewa di kedua-dua PPRT itu yang didakwa membebankan penduduk.
Jelasnya, sekiranya tiada tindakan yang sewajarnya diambil bagi menyelesaikan masalah tersebut, beliau mahu menteri di kementerian berkaitan campur tangan dalam isu ini.
“Kami telah menyerahkan memorandum bantahan buat kali kedua kepada Menteri Besar (MB) dan pihak yang berkaitan, namun sehingga kini tiada jawapan yang boleh meyakinkan kami penduduk di kedua-dua PPRT ini bahawa sewa akan kembali kepada kadar yang asal.
“Jika keputusan tidak memihak kepada penduduk, kami akan terus mengadakan bantahan sehinggalah kadar sewa diturunkan dan saya juga berharap Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Ong Ka Chuan campur tangan dalam isu ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Johari berkata, pihaknya akan memanjangkan perkara ini sehingga satu keputusan dibuat yang mana akan menyebelahi penduduk yang tinggal di kedua-dua rumah transit tersebut.
“Kenaikan kadar sewa ini tidak munasabah. Penduduk yang tinggal di rumah transit ini tidak mampu untuk membayar sewa rumah yang baru.
“Majoriti penduduk yang tinggal di kedua-dua PPRT ini adalah golongan yang berpendapatan rendah dan kami berharap menteri, wakil rakyat dan Exco berkaitan dapat turun padang dan adakan majlis dialog dan melihat sendiri keadaan penduduk di sini,” katanya.
Tambahnya, pihak luar tidak sepatutnya mempertikaikan penduduk di kedua-dua PPRT itu mampu untuk memiliki kenderaan kerana ia adalah keperluan kepada setiap keluarga untuk pergi ke mana-mana.
“Memang benar ada antara penduduk yang tinggal di PPRT ini mampu memiliki kenderaan tapi bukannya kenderaan mewah. Kebanyakannya adalah kereta terpakai yang dibeli secara ansuran,” katanya.
0 comments:
Post a Comment