Kerajaan BN terus memperbodohkan Rakyat Malaysia!!!
1. Diskaun 10% Bayaran Tol PLUS untuk penggunaan 12malam hingga 7 pagi
2. Menetapkan Harga Lantai Petrol
Kedua-dua item ini nampak macam bagus tapi Rakyat tak dapat menikmati sepenuhnya ...
Persoalannya ...
1. Berapa ramai pengguna lebuhraya PLUS menggunakan lebuhraya ini pada waktu diskaun
2. Kenapa perlu harga lantai bagi petrol... dan kenapa tiada harga siling petrol untuk menjamin keselesaan rakyat....
Malang sungguh rakyat Malaysia yang mempunyai pemimpin dari Kerajaan BN (hanya tahu membuat duit untuk poket mereka sahaja...)
1.PLUS tawar diskaun mulai 1 Januari 2009
Semua kenderaan ringan yang menggunakan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Elite, akan menikmati potongan diskaun 10 peratus dari jam 12 tengah malam hingga 7 pagi.Tawaran diskaun tersebut berkuatkuasa selama dua dua tahun - dari 1 Januari ini hingga 31 Disember 2010.
Bagi musim perayaan Hari Raya, Tahun Baru Cina Deepavali dan Krismas, PLUS menawarkan 10 peratus lagi diskaun - menjadikannya 20 peratus - selama enam hari.
Manakala bagi penggunaan tol melebihi RM200 sebulan, pengguna boleh mendaftar dengan program setia PLUS - untuk mendapatkan diskaun 5 peratus mulai 1 Januari depan. (RM200 X 5% = RM 10..Kah..kah..kah diskaun RM 10 je.... tak berbaloi je...)
KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, kerajaan akan berbincang untuk menetapkan harga lantai bagi petrol sama ada ia akan berbalik kepada RM1.92 atau diturunkan lagi mengikut harga minyak mentah dunia.
Kerajaan juga perlu memutuskan sama ada akan mengambil pendapatan daripada penjimatan subsidi minyak.
Ia akan dibincangkan pada Mesyuarat Majlis Ekonomi Negara pada bulan ini.
0 comments:
Post a Comment