Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Thursday, November 27, 2008

malaysiakini~Lagi Isu Minuman Beralkohol Di Selangor

PENJUALAN MINUMAN BERALKOHOL DI SELANGOR

SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor sudah sedia maklum isu berkaitan cadangan mengharamkan penjualan terbuka minuman beralkohol di Selangor.

Walaupun prihatin terhadap kebimbangan sesetengah pihak terhadap kesan negatif pengambil minuman beralkohol tetapi Kerajaan tidak akan mengambil langkah drastik seperti mengharamkan penjualan minuman beralkohol secara total. Ini adalah kerana Selangor terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

Ingin dinyatakan disini bahawa perkara ini sebenarnya telah dibincangkan di dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) sebelum ini. Hasil daripada perbincangan tersebut, Kerajaan Negeri telah memutuskan untuk meningkatkan tahap penguatkuasaan bagi memastikan minuman beralkohol tidak dijual kepada orang-orang Islam dan juga belia dibawah umur 18 tahun. Kerajaan Negeri berpendapat langkah ini adalah perlu untuk memastikan masyarakat, terutama dikalangan belia, tidak terjerumus didalam gejala sosial. Perlu ditegaskan bahawa kerajaan negeri melihat isu ini dari sudut sosial dan bukan sudut agama.

Sehubungan itu, Kerajaan Negeri akan mengadakan satu siri perbincangan bersama peniaga, pihak berkuasa tempatan (PBT) serta agensi-agensi kerajaan yang berkaitan bagi mengenalpasti cara-cara yang terbaik untuk meningkatkan tahap penguatkuasaan ini.

Kerajaan Negeri Selangor sekali lagi berharap supaya tidak akan ada mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab dari mempolitikkan isu ini kerana ianya hanya akan menjejaskan persefahaman diantara masyarakat diSelangor.



SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR



Hairan....

Kenapa akhbar-akhbar berbahasa Cina tiba-tiba hari ini memaparkan kisah arak di Selangor. Kononnya PAS Selangor sedang bertindak mendesak kerajaan negeri mengharamkan penjualan arak seluruh Selangor. Kononnya ada pelan “A” dan pelan “B”. Pelan “A” adalah melalui mesyuarat EXCO, jika tidak berjaya maka wakil-wakil PAS dalam seluruh PBT Selangor akan membawa usul diperingkat PBT. Tidak cukup dengan itu, portal berita Malaysiakini turut mensensasikan perkara ini.


Saya bertanyakan rakan-rakan pemberita akhbar Cina dari mana mereka dapat maklumat ini, kata mereka dari sumber-sumber tertentu.


Jelasnya, pertama, PAS Selangor tidak pernah membincangkan perkara ini dalam mana-mana mesyuaratnya. Kedua, arak ini haram buat umat Islam tetapi tidak untuk yang bukan Islam, kerana itu di Kelantan yang didominasi PAS, kerajaan negeri hanya mengharamkan penjualan arak dikalangan umat Islam (jika Kelantan begitu, takkanlah Selangor mahu mendesak mengharamkan arak secara total). Dan ketiganya arak ini memang diharamkan terhadap umat Islam di Selangor melalui Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam yang ada, tidak berbangkit PAS mahu buat tuntutan sedangkan undang-undang telah sedia ada dari zaman BN lagi....[more]

by roslansms

0 comments: