Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Tuesday, November 4, 2008

Pakatan Rakyat Keluar Dewan Protes Najib - malaysiakini

Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim keluar dari dewan parlimen ketika TPM Najib Razak masih membuat penggulungan berkenaan bajet 2009.

Beliau bertindak demikian apabila Najib tidak memberi ruang lebih satu jam untuk ahli parlimen mencelah ketika menggulungkan perbahasan Bajet 2008.

Sekarang sekitar jam, 5.40 petang Anwar sedang mengadakan sidang media untuk menjelaskan tindakan beliau.

Sementara itu, Najib sedang membaca langkah-langkah yang diambil untuk menghadapi krisis kewangan di dewan parlimen.






Kerajaan mengumumkan pakej rangsangan ekonomi RM7 bilion bagi mengukuhkan lagi daya tahan negara dan mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi dalam menghadapi persekitaraan global yang semakin mencabar.

Ia diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak di Dewan Rakyat sebentar tadi.

Ketika Najib membentangkan ucapan penggulungan ahli-ahli Parlimen keluar Dewan Rakyat apabila tidak diberi laluan untuk mengemukakan soalan.

Pada pukul 5.35 petang kesemua anggota pembangkang keluar dengan diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lima minit sebelum itu Ahli Parlimen Batu, Tian Chua telah diarah keluar Dewan apabila enggan mematuhi arahan Yang Dipertua yang memintanya supaya duduk.

Najib ketika menyampaikan ucapan penggulungan berkata: "Itu hak saya (untuk tidak memberi laluan."

Bagaimanapun beberapa ahli Parlimen dilihat keluar masuk Dewan.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan akan mengamalkan dasar expansionary sepertimana juga yang diamalkan oleh negara-negara lain pada masa kini.

"Dalam konteks Bajet 2009 yang telah dibentangkan, Kerajaan mempunyai fleksibiliti untuk melaksanakan projek-projek tambahan berimpak tinggi berikutan daripada penjimatan subsidi minyak.

"Melalui penjimatan ini, sukacita diumumkan bahawa Kerajaan akan melaksanakan pelbagai inisiatif melibatkan suntikan peruntukan sebanyak RM7 bilion," kata beliau dalam ucapan penggulungan Bajet 2009 petang ini.

Jelas beliau, ini adalah penting untuk memangkinkan aktiviti ekonomi dalam negeri dan merangsang keyakinan sektor swasta dan menjamin kesejahteraan rakyat.

Ia merupakan ucapan penggulungan pertama bajet bagi Najib selaku Menteri Kewangan.

Ucapan itu dibentangkan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Ogos lalu dan kemudian bertukar portfolio dengan Najib.

0 comments: