Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Tuesday, November 18, 2008

Penggunaan Tulisan Jawi Sepenuhnya Di Kelantan







Tahniah di ucapkan kepada Kerajaan Negeri Kelantan dalam menaikkan taraf Tulisan Jawi.

Kerajaan Negeri Kelantan telah mengarahkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri tersebut untuk menulis minit mesyuarat dalam tulisan jawi mulai Januari 2009.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyudin Hassan berkata, "langkah itu telah dilaksanakan di peringkat kerajaan negeri sebaik Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan. Sejak Tok Guru menjadi Menteri Besar, tulisan jawi telah digunakan dalam semua minit mesyuarat. Kerajaan negeri yakin semua PBT mampu melaksanakan arahan tersebut memandangkan kejayaan berkenaan telah dicapai kerajaan negeri sejak pelaksanaannya hampir 20 tahun lalu. "

Peringkat permulaan kerajaan negeri berharap dapat menguatkuasakan penggunaan tulisan jawi dalam penulisan minit mesyuarat oleh pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu.

2 comments:

sekurang2nya kita berusaha juga utk perubahan :-)











Forum Generasi Muda
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Blog Pilihan Generasi Muda
http://pro-faizal.blogspot.com
Aura Baru Pemuda UMNO
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com

Bisa sungguh rakyat Kelantan berpencak dalam tulisan Jawi. Tindakan lebih berkesan daripada dok kecek saja. Tu cara orang ada agenda. Tahniah Kelantan negeri gedung budaya.