Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Friday, November 7, 2008

Raja Petra Dibebaskan Dari ISA ~ malaysiakini

SHAH ALAM: Malaysia Today editor Raja Petra Kamaruddin is to be freed Friday.

He succeeded Friday in his bid to obtain a release order from detention under the Internal Security Act (ISA) via his habeas corpus application.

The judge ruled that the Home Minister had acted outside his jurisdiction when he issued the two-year detention order under Section 8(1) of the ISA.

The High Court here also allowed Raja Petra to be brought to court to be released today.

He will be brought from Kamunting to the Shah Alam high court at 4pm today. Be there to greet RPK!

He was detained for a second time under the ISA on Sept 12.






Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi ini menerima permohonan pembebasan penulis blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin daripada ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Terkini: Raja Petra dibebaskan daripada tahanan ISA.

Pengendali Laman Web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin akan dibebaskan daripada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sekitar jam 3.30 petang di Mahkamah Tinggi Shah Alam apabila hakim memerintahkan pembebasannya segera.

Kini, Raja Petra sedang bersiap sedia untuk dibawa ke Shah Alam dari Kamunting dan dijangka tiba di perkarangan mahkamah sebelum pukul 4 petang ini.

Menurut isterinya, Marina Abdullah, beliau memanjat syukur kepada Allah SWT kerana akhirnya perjuangan rakyat Malaysia yang menuntut suaminya dibebaskan berjaya.

“Namun, saya dan suami serta rakan-rakan akan meneruskan perjuangan supaya kem kamunting ditutup dan seterusnya semua tahanan ISA dibebaskan serta ISA dimansuhkan,” katanya yang dihubungi oleh Suara Keadilan sebentar tadi.

Mahkamah membuat keputusan tersebut melalui habeas corpus yang dibuat oleh peguam Raja Petra supaya beliau dibebaskan daripada tahanan ISA.

Beliau telah ditahan pada 12 September lalu sebelum dihantar ke Kem Tahanan Kamunting pada 23 September.

Menteri Dalam Negeri Syed Hamid Albar telah menandatangani perintah penahana terhadap Raja Petra beberapa hari sebelum ini, dibawah seksyen 8(1) ISA.

Di bawah akta ini, penahanan ialah selama dua tahun tanpa sebarang perbicaraan dan boleh disambung pada bila-bila masa.

drp:suarakeadilan


  • breaking news The Shah Alam High Court this morning ruled that the detention of well-known blogger Raja Petra Kamarudin under the ISA was illegal and ordered his immediate release.MORE


HAPUSKAN ISA : MERAH HITAM (http://www.lailagmi.blogspot.com/)

0 comments: