Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Wednesday, November 5, 2008

Kurangkan caruman KWSP dibenar ~malaysiakini

Semalam kawan baik Altantuya dah umumkan penurunan caruman KWSP untuk rakyat dan Syarikat. Kononnya nak bagi rakyat lebih berbelanja.

Cuba kita fikirkan sejenak siapa yang dapat habuan...

3% turun untuk rakyat berbelanja (Duit kita habis hangus...)
Manakala pada majikan turun 1% (untung majikan sebab tak payah carum untuk pekerja.)

Kalau gaji RM1,000, jumlah tidak potong untuk KWSP adalah cuma RM30.00 (3%) sebulan.

Jumlah ni besar ke kecil masa ni...

Dengan pengurangan 1% dan 3% itu, majikan akan untung 1%, manakala peniaga yang menerima wang yang kita belanjakan itu untung sebanyak 3%. Sebulan lebih RM30.00 sekarang ni, cuma celah gigi je.

Bijak sungguh idea kawan baik Altantuya ni....
Kepada yang mengampu kawan baik ALTANTUYA ni...Selamat Mengampu...




KUALA LUMPUR, 5 Nov (Hrkh) -
Saranan kerajaan untuk membenarkan pengurangan caruman pekerja dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak akan meninggalkan sebarang kesan positif kepada pekerja.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Malaysia atau MTUC, Syed Shahir Syed Mohamud berkata tindakan tersebut tidak akan mengurangkan beban pekerja malah mengakibatkan kerugian pada masa hadapan.

"Berdasarkan pengalaman yang lepas, sekiranya amalan ini diteruskan ia akan mengakibatkan kerugian dalam jangka panjang," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Hal tersebut ujarnya adalah bergantung kepada kadar caruman yang dibuat pekerja ke atas pendapatan mereka yang sekaligus akan mengurangkan kadar dividen yang akan diperolehi.

Ketika ditanya mengenai faedah yang dinyatakan kerajaan langkah tersebut sebagai mekanisme menambah pendapatan boleh pekerja, beliau menyatakan ianya kurang jelas.

"Tambah macam mana? mungkin kurang wang caruman boleh memberikan ruang pencarum berbelanja wang gaji mereka daripada bahagian yang sepatutnya ditabung dalam KWSP.

"Tetapi wang tidak bertambah kerana gaji tetap sama, lainlah kalau gaji dinaikkkan," ujarnya.

Justeru katanya, adalah lebih baik sekiranya para pekerja mengekalkan kadar caruman yang sedia ada bagi memastikan kesannya pada masa akan datang.

"Saya berpendapat ianya (kadar caruman) lebih baik dikekalkan kerana ia sememangnya simpanan untuk manafaat di hari tua kelak.

"Ini kerana negara kita tidak mempunyai sistem pemberian pencen kepada pekerja daripada sektor swasta seperti mana yang diamalkan sesetengah negara lain," katanya lagi.

Lagipun jelasnya, dalam amalan rakyat di Malaysia apa yang dicadangkan oleh kerajaan mengenai pengurangan kadar caruman ini biasanya akan diikuti dan diterima umum.

Semalam Najib yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, pada masa ini, caruman majikan kepada KWSP adalah 12 peratus manakala caruman pekerja adalah 11 peratus.



terdahulu...
Sebagai langkah untuk menambah pendapatan boleh guna pekerja, kerajaan akan membenarkan pekerja mengurangkan potongan caruman pekerja Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara sukarela sebanyak tiga peratus, selama dua tahun, mulai 1 Januari 2009.

Dengan penurunan ini, jumlah caruman masih pada tahap munasabah 20 peratus iaitu 12 peratus bagi majikan dan 8 peratus bagi pekerja, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Seseorang yang berpendapatan RM2,000 sebulan akan memperoleh pendapatan boleh guna tambahan sebanyak RM60 sebulan, manakala seseorang yang berpendapatan RM6,000 sebulan akan memperoleh pendapatan boleh guna tambahan sebanyak RM180 sebulan.

"Sekiranya semua pencarum memilih untuk mengurangkan caruman, jumlah yang terlibat adalah RM4.8 bilion setahun.

"Sekiranya kita mengandaikan bahawa hanya 50 peratus daripada pencarum akan menggunakan kemudahan ini, perbelanjaan penggunaan swasta dijangka meningkat sebanyak RM2.4 bilion," kata Najib ketika menggulung perbahasan Bajet 2009 bagi Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat.

Pada masa ini, caruman majikan kepada KWSP adalah 12 peratus manakala caruman pekerja adalah 11 peratus.

Untuk memudahkan penjawat awam memiliki kereta, kerajaan akan meningkatkan had kelayakan pinjaman kereta bagi penjawat awam seperti berikut:

+ Bagi gred JUSA, had kelayakan dinaikkan daripada RM60,000 kepada RM70,000;

+ Bagi gred 41 hingga 54, had kelayakan dinaikkan daripada RM55,000 kepada RM65,000; dan,

+ Bagi kumpulan sokongan, had kelayakan dinaikkan daripada RM45,000 kepada RM55,000.

Penjawat awam juga akan diberi kebenaran untuk mengambil pinjaman perumahan bagi hartanah di pasaran sekunder di mana hak milik strata belum dikeluarkan, kata Najib.

Katanya, tempoh bayaran balik bagi pinjaman perumahan baru kakitangan kerajaan dilanjutkan daripada 25 tahun kepada 30 tahun.

"Untuk memastikan peminjam sedia ada mendapat kemudahan yang sama, peminjam diberi pilihan untuk melanjutkan tempoh pinjaman kepada 30 tahun.

"Langkah ini akan dapat membantu menambah pendapatan boleh guna peminjam.

"Sebagai contoh, seorang penjawat awam yang kini mempunyai pinjaman sebanyak RM190,000 selama 25 tahun, dan telah pun menjelaskan pinjaman beliau selama 10 tahun, dengan melanjutkan tempoh pinjamannya, beliau dapat mengurangkan ansuran bulanannya daripada RM1,000 sebulan kepada RM820 sebulan iaitu lebihan pendapatan boleh guna sebanyak RM180 sebulan," katanya.

Najib berkata kerajaan, melalui Bank Negara, juga akan menyaran dan menggesa pihak bank mengambil inisiatif untuk memberi kelonggaran dan menstrukturkan semula pinjaman bagi peminjam-peminjam yang memerlukan.

0 comments: