KEPUTUSAN EXCO TERHADAP BANGLO DATO ZAKARIA
Shah Alam – Mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri Selangor hari ini telah membuat keputusan berhubung isu pembinaan banglo oleh Allahyarham Dato’ Zakaria Md Derus yang menjadi kontroversi tidak lama dahulu. Isu ini juga telah dibangkitkan oleh ketua pembangkang YB Dato’ Seri Khir Toyo pada persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor bulan lalu.
Allahyarham Dato Zakaria melalui isterinya Azizah Ngah telah diberi pemilikan tanah seluas 4,049 meter persegi (yang melibatkan cantuman 8 lot tanah yang dikhaskan untuk perumahan Kampung Idaman) oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 03 Julai 2003. Pada awal 2006, Allahyarham Dato’ Zakaria telah memulakan kerja mendirikan banglo walaupun tiada kelulusan kebenaran merancang dan kelulusan pelan bangunan. Atas sebab itu, pihak MPK telah mengenakan denda sebanyak RM19,373.00 iaitu 10 kali ganda bayaran pelan bangunan.
Setelah membuat permohonan kelulusan merangka dan pelan bangunan, kerja pembinaan banglo diteruskan dan banglo tersebut telahpun siap pada awal Oktober 2007.
Walaubagaimanapun, terdapat isu mengenai tanah melibatkan laman banglo dimana keluarga Allahyarham masih belum mendapat kelulusan pemilikan tanah seluas 2,269 meter persegi (setengah ekar). Mengikut rekod, Jawatankuasa Tanah Daerah pada 14 Dec 2007 telah menolak permohonan pemilikan tanah laman tersebut dan membuat keputusan jika ada sebarang rayuan ianya harus dibuat terus kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada hari ini telah mengarahkan pihak MPK untuk memberitahu keluarga Allahyarham supaya mengosongkan tanah tersebut dalam masa sebulan dan mengeluarkan kompaun atas kesalahan menceroboh tanah milik kerajaan. Jika mereka gagal mematuhi arahan pengosongan tanah tersebut, Kerajaan Negeri Selangor akan membawa kes ini ke mahkamah atas tuduhan menceroboh tanah Kerajaan.
Jesteru, Kerajaan Negeri Selangor berharap agar arahan ini akan dapat dipatuhi tanpa perlu ada sebarang tindakan yang akan diambil. Keputusan sebegini diambil atas dasar kesamarataan kepada semua pihak tanpa mengira bangsa,agama.
SEKRETARIAT AKHBARAllahyarham Dato Zakaria melalui isterinya Azizah Ngah telah diberi pemilikan tanah seluas 4,049 meter persegi (yang melibatkan cantuman 8 lot tanah yang dikhaskan untuk perumahan Kampung Idaman) oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 03 Julai 2003. Pada awal 2006, Allahyarham Dato’ Zakaria telah memulakan kerja mendirikan banglo walaupun tiada kelulusan kebenaran merancang dan kelulusan pelan bangunan. Atas sebab itu, pihak MPK telah mengenakan denda sebanyak RM19,373.00 iaitu 10 kali ganda bayaran pelan bangunan.
Setelah membuat permohonan kelulusan merangka dan pelan bangunan, kerja pembinaan banglo diteruskan dan banglo tersebut telahpun siap pada awal Oktober 2007.
Walaubagaimanapun, terdapat isu mengenai tanah melibatkan laman banglo dimana keluarga Allahyarham masih belum mendapat kelulusan pemilikan tanah seluas 2,269 meter persegi (setengah ekar). Mengikut rekod, Jawatankuasa Tanah Daerah pada 14 Dec 2007 telah menolak permohonan pemilikan tanah laman tersebut dan membuat keputusan jika ada sebarang rayuan ianya harus dibuat terus kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada hari ini telah mengarahkan pihak MPK untuk memberitahu keluarga Allahyarham supaya mengosongkan tanah tersebut dalam masa sebulan dan mengeluarkan kompaun atas kesalahan menceroboh tanah milik kerajaan. Jika mereka gagal mematuhi arahan pengosongan tanah tersebut, Kerajaan Negeri Selangor akan membawa kes ini ke mahkamah atas tuduhan menceroboh tanah Kerajaan.
Jesteru, Kerajaan Negeri Selangor berharap agar arahan ini akan dapat dipatuhi tanpa perlu ada sebarang tindakan yang akan diambil. Keputusan sebegini diambil atas dasar kesamarataan kepada semua pihak tanpa mengira bangsa,agama.
PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
2 comments:
so the house is legalised? and how about the overall land? any wrongdoing in changing the stateland under his wife name??? is that legal too???
well, congra on the small step.
Rumah-rumah setinggan boleh dirobohkan sesuka hati oleh kerajaan BN..istana ni...jangan dirobohkan..buat rumah anak yatim ke, rumah orang-orang tua ke...manfaatkan dengan sebaik mungkin!!!
Post a Comment