Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Thursday, November 20, 2008

malaysiakini~Tokoh Maal Hijrah N9 Bakal Didakwa ?

Aduan awam berhubung dakwaan angkasawan negara yang juga Tokoh Maal Hijrah Negeri Sembilan tahun ini, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor mengenakan caj siri ceramah sehingga RM8,000 sejam sudah diterima Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti). Perkara ini disahkan oleh Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Fadillah Yusof ketika dihubungi oleh mStar Online.

“Pihak kami memang ada menerima aduan daripada orang ramai berhubung isu ini (angkasawan).

“Kami tidak boleh dedahkan kepada anda berapa jumlah laporan yang diterima setakat ini kerana semuanya masih dalam siasatan,” kata beliau lagi.

Menurut Fadillah, kementerian hanya akan memulakan siasatan berhubung aduan yang diterima daripada orang ramai itu minggu setelah tempoh dua minggu yang diberikan kepada sebelum ini tamat Jumaat ini.

“Kami akan hanya membuka aduan daripada orang awam berhubung isu ini Isnin hadapan. Selepas itu, barulah kami akan jalankan siasatan lanjut terhadap aduan-aduan yang telah diterima,” katanya.

Sheikh Muszapar telah pun menegaskan dan menafikan dakwaan bahawa beliau mengenakan bayaran sehingga RM8,000 sejam untuk berceramah dan telah mengumpulkan RM1.2 juta hasil siri ceramah sejak setahun lalu. Angkasawan pertama negara itu juga menafikan telah mengadakan ceramah membabitkan 150 korporat setakat ini.

0 comments: