Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Tuesday, November 11, 2008

Obama Janji Akan Tolong Hapuskan ISA ~malaysiakini


AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI (ISA) AKAN DIMANSUHKAN SEBAIK SAHAJA PAKATAN RAKYAT (PR) BERJAYA MEMERINTAH.

Itulah janji yang disebutkan oleh Datuk Seri Anwar




Ini pula janji yang disebutkan oleh Barack Obama

WASHINGTON: Bakal Presiden baru AS, Barack Obama kini merancang untuk menutup penjara Teluk Guantanamo dan mendakwa mereka yang disyaki pengganas di Amerika yang mana disifatkan pentadbiran Bush sebagai 'mudah disebut tetapi sukar dilaksanakan.'

Penasihat Obama merancang, sebahagian tahanan Guantanamo akan dibebaskan dan didakwa di mahkamah Amerika bagi memastikan mereka mendapat hak undang-undang serta perbicaraan yang adil.

Kebanyakan 250 tahanan Guantanamo kini dikatakan berhak dibebaskan tetapi pentadbiran Bush menghadapi masalah untuk mendapatkan negara yang mahukan mereka.

Penasihat Dasar Luar Obama, Denis McDonough, berkata bakal Presidan itu mahu menutup penjara Guantanamo tetapi 'keputusan muktamad belum dibuat mengenai bagaimana dan kaedahnya sehinggalah isu keselamatan negara dan perundangan diselesaikan.'

"Isu ini amat sukar dan kami sudah melaksanakannya dan kami fikir ia berjalan dengan baik dengan mendakwa tahanan di tribunal tentera," katanya.

Obama sebelum ini amat kritikal dengan proses berkenaan dan justeru itu penasihat undang-undangnya berusaha mencari penyelesaian alternatif terhadapnya.

Salah seorang penasihat terbabit, Laurence Tribe, profesor undang-undang dari Harvard berkata, membawa tahanan ke Amerika dan membicarakan mereka akan mencetuskan kontroversi tetapi ia memang boleh dilaksanakan. - AP

0 comments: