Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Tuesday, November 18, 2008

Pak Lah Dah Kesal Naikan Harga Minyak~malaysiakini


PM Bidas Peniaga Enggan Turunkan Harga Barang


Kah..kah..kah.. Pak Lah membidas sikap peniaga yang tak mahu turunkan harga barang walaupun harga minyak telah diturunkan sebanyak lima kali....

Kata Pak Lah semalam ,“Saya tidak suka dengar bila harga barang tidak mahu turun walaupun minyak sudah empat kali turun (tidak termasuk penurunan yang berkuat kuasa hari ini), seolah-olah mereka nak cari untung besar,”

Pak Lah juga berkata, langkah beberapa badan bukan kerajaan (NGO) mahu memboikot peniaga yang menjual barang dengan harga mahal walaupun harga minyak telah turun adalah wajar.

Tapi wajarkah seseorang Perdana Menteri itu menaikkan harga minyak 78sen secara mendadak dan menurunkan harga minyak sebanyak 15sen secara berperingkat-peringkat???

Malah kata Pak Lah lagi, “Persatuan pengguna memainkan peranan besar. Jangan asyik marah kerajaan bila harga minyak naik tapi bila turun haruslah bantu kerajaan turunkan harga barang juga,” rayuan seorang Perdana Menteri yang tak mengenal erti penderitaan rakyat.

Mengulas lanjut pengumuman penurunan harga minyak hari ini, Pak Lah berkata, langkah itu membuktikan kerajaan patuh kepada janjinya untuk berbuat demikian apabila harga minyak di pasaran turun.

Harga minyak RON97 di pam adalah RM 2.00 /l (kononnya dengan subsidi kerajaan 30sen = harga minyak dipam ialah RM 2.30sen) sedangkan harga minyak dipasaran jauh lebih rendah USD55.11

nampak gaya rakyat sedang memberi subsidi kepada kerajaan Bee End...Hemmm.. Rakyat masih ditipu oleh kerajaan Bee End...

0 comments: