Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Friday, November 14, 2008

malaysiakini ~ Semakan Semula Pindah kes liwat Anwar 20 November

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 20 November ini untuk mendengar semakan pihak pendakwa bagi memindahkan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mahkamah Tinggi.

Pada 7 November lalu, Hakim S M Komathy Suppiah memutuskan perbicaraan kes itu kekal di Mahkamah Sesyen selepas mendapati sijil untuk memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi yang ditandatangani Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail tidak sah.

Pihak pendakwa mengemukakan permohonan untuk menangguhkan prosiding kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga selesai rayuannya terhadap keputusan mahkamah menolak permohonan untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.

Peguam Anwar membantah permohonan pendakwa itu. Mereka juga mengadu tidak menerima beberapa dokumen dari pihak pendakwaraya seperti yang dijanjikan minggu lalu.

Mahkamah Sesyen yang bersidang pagi ini dijadual menetapkan tarikh untuk perbicaraan kes tersebut didengar oleh Hakim SM Komathy Suppiah.

Sidang sebutan kes liwat melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Sesyen mula dibicarakan pukul 9.50 pagi ini.

Anwar tiba di mahkamah bersama isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan keluarga pada pukul 9.25 pagi ini.

0 comments: