Tiga puluh dua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sudah bersetuju menyertai Pakatan Rakyat?
"(Seramai) 32..." Ini jawapan daripada Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar sebentar tadi apabila ditanya berapa ramai yang telah bersetuju menyertai Pakatan Rakyat.
Terdahulu beliau mempengerusikan mesyuarat bersama pemimpin kanan Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur.
Mesyuarat itu berlangsung hampir tiga jam. Dan, ini kali pertama angka tepat jumlah wakil rakyat BN yang didakwa akan menyertai Pakatan Rakyat disahkan oleh beliau, khususnya selepas dipilih sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen 28 Ogos lalu.
"Kita telah membincangkan perkembangan yang berlaku... kami memfokus mengenainya (sasaran 16 September).
"Kami masih mengikut perancangan dan kami sedang fikir bagaimana hendak berhubung dengan mereka (ahli-ahli Parlimen yang petang ini berlepas ke luar negara)... kami telah berbincang dengan PAS dan DAP tadi," kata beliau lagi.
Pertemuan itu diadakan selepas bertemu selama hampir tiga jam di ibu negara malam tadi.
Pertemuan hari ini bermula pukul 10 pagi tadi juga memfokus soal pembentukan kerajaan persekutuan.
Ketika hanya tinggal seminggu sahaja untuk membuktikan sama ada sasaran 16 September akan menjadi kenyataan ataupun sebaliknya, Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan informal malam tadi bagi membincangkan kemajuan siri perundingan yang telah diadakan setakat ini.
Pakatan Rakyat yang terdiri daripada Parti Keadikan Rakyat (PKR), PAS dan DAP telah mengumumkan pembentukan kerajaan persekutuan sejurus selepas pilihan raya umum Mac lalu.
Di Parlimen, BN mempunyai 140 anggota manakala Pakatan Rakyat pula 82 orang.
Pakatan Rakyat memerlukan 30 orang lagi untuk membentuk kerajaan yang baru.
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi
-
* KUALA LUMPUR* : “Kezaliman rejim Zionis sebenarnya hanya akan menggali
kubur diri mereka sendiri.”
Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ber...
2 months ago
0 comments:
Post a Comment