Banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di Pulau Pinang dan Kedah sejak beberapa hari lalu berikutan hujan lebat disifatkan sebagai yang paling buruk sejak 14 tahun lepas.
Beberapa kawasan yang terjejas teruk di Pulau Pinang ialah Jalan P. Ramlee, Teluk Kumbar dan Teluk Bahang di bahagian pulau dan di tanah besar pula ialah di Kampung Tok Suboh, Kampung Suluk, Sungai Batu dan Kampung Paya.
Manakala di Kedah seramai 1,565 orang mangsa banjir dari tiga daerah di Kedah telah dipindahkan ke sembilan pusat pemindahan sehingga kini.Banjir yang melanda daerah Yan ,merebak ke daerah Pendang dan Kuala Muda di Kedah.
Dato Seri Wan Azizah yang juga Presiden PKR mewakili DS Anwar Ibrahim ke Permatang Pauh untuk menyampaikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Perkampungan Jalan Baru dan juga Perkampungan Permatang Rawa.
Kerajaan negeri Pulau Pinang dan Kedah telah menghulurkan bantuan segera bagi meringankan beban mangsa melalui peruntukkan bencana alam dan dipantau supaya semua mangsa tidak dipinggirkan.
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi
-
* KUALA LUMPUR* : “Kezaliman rejim Zionis sebenarnya hanya akan menggali
kubur diri mereka sendiri.”
Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ber...
4 weeks ago