Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Friday, September 19, 2008

Lawak: Ahli Nujum Negara Malaysia

Mari kita tukar teka-teki dalam filem Nujum Pak Belalang sesuai dengan keadaan
semasa kita.... Hahahahaha.. .!!!!



Soalan 1

Tukang Soal :
'Didalam baju hamba, ada sebatang kayu yang telah dipilih,
bagaimanakah kita mahu tahu yang mana UMNO dan yang mana PKR..??'

Ahli Nujum Negara :
'Mintak pada hamba..!! Apabila sebatang kayu
diletakkan di dalam air, yang condong ke bawah itulah UMNO dan yang menegak
ke atas itulah PKR..'

Tukang Soal :'Sebabnya... . !!??'

Ahli Nujum Negara :
'Sebabnya... Kita pun telah tahu sekarang ini parti UMNO hampir tenggelam manakala PKR makin tinggi kedudukannya. . ..'



Soalan 2

Tukang Soal :
'Dua ekor anak itik yang baru menetas, yang manakah UMNO dan yang
manakah PKR..??'

Ahli Nujum Negara :
'Ini senang saja, kita letakkan kedua anak itik
ke dalam bekas berisi air, yang mengejar itulah PKR dan yang lari sampai
terberak itulah UMNO..'

Tukang Soal :'Sebabnya... !!??'

Ahli Nujum Negara :
'Sebab di dalam negara kita, musuh PKR hanyalah UMNO yang patut kita kejar.. Bukan Parti Amanat Bangsa di Indonesia atau Parti Rak Tai di Thailand..!! !'



Soalan 3

Tukang Soal :
' Ada sebuah masealah, Satu... baaaanyak-banyak! !... Dua... sedikit-sediiiiikit ....!!!
Tiga... jarang-jarang! !!... Empat... kad-dang, kad-dang,
Apa itu..???'

Ahli Nujum Negara : 'UMNO!!!'

Tukang Soal :'Buktikan..! !'

Ahli Nujum Negara :
'Satu... Baaanyak-banyak. .. Ertinya, ahli UMNO memang banyak dalam negara ini...
Dua... Sedikit-sediiikit. .. Ertinya, sedikit sahaja yang berani bersuara dari
bilangan ahli UMNO yang banyak itu...
Tiga... Jarang-jarang. .. Ertinya, jarang-jarang yang kita dengar pemimpinnya berani melawan...
Empat... Kad-dang, kad-dang... Ertinya kad-dang, kad-dang barulah kita dengar dan
lihat ada pemimpin tertinggi UMNO yang mahu mendengar suara ahlinya...'



Soalan 4

Tukang Soal :
'Dimanakah terletaknya kekuatan Laksamana UMNO..?? Di kerisnya kah? atau di jenteranya kah..???'

Ahli Nujum Negara :
'Kekuatan Laksamana UMNO bukan terletak pada
kerisnya ataupun pada jenteranya.. .'

Tukang Soal :'Dimana terletak kekuatannya. .???'

Ahli Nujum Negara :
'Kekuatan UMNO hanya terletak pada TOYOL-TOYOLnya! !'

Tukang Soal :'Buktikan!!'

Ahli Nujum Negara :
'Laksamana UMNO begitu bergantung kepada toyol-toyolnya untuk menonjolkan kekuatannya. .. Iaitu toyol dari Media Prima, toyol dari Polis serta toyol
dari Badan kehakiman.. Toyol-toyol inilah yang menampakkan Laksamana UMNO
nampak hebat walaupun hakikatnya mereka luka parah...'

'Biasalah... UMNO akan memungkiri janji dan suka lari dari tajuk apabila
kalah dalam apa-apa pertandingan. . Tapi bak kata Dato' Seri Anwar Ibrahim,
Jangan takut.. LAWAN... KITA LAWAN...!!!'



Soalan Extra

Tukang Soal :
'Kalau Ahli Nujum telus mata dan betul bijaksana... . !!! Apakah yang ada
di genggaman beta...????'

Ahli Nujum Negara :
'........... DUIT !!!..'
'Kerana duitlah yang telah MENJAHANAMKAN UMNO...'

Sekian... Semoga Terhibur... Wassalam....

1 comments:

Hahahah..

Kelakar..mmg kelakar..
Memang kena dengan situasi semasa UMNO..