Maklumat yang baru di terima, Raja Petra Kamarudin telah ditahan di bawah Akta Keselamtan Dalam Negeri (ISA) sebentar tadi.
Mengikut maklumat yang diterima dari anaknya, beliau di tahan oleh polis di rumahnya di Sungai Buloh tengah hari tadi.
Kempen Bebaskan Raja Petra Kamarudin dari ditahan ISA perlu dilakukan segera.
Bebaskan RPK!!!Tumbangkan BN!!!
Tumbangkan Pak Lah!!!
KUALA LUMPUR: Pengedali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebentar tadi.
Perkara tersebut disahkan oleh isterinya, Marina Lee Abdullah ditahan di bawah Seksyen 731 Akta ISA, yang membolehkan seseorang itu ditahan selama 60 hari.
"Dia ditahan oleh 10 sepuluh orang anggota polis dihadapan rumah kami (di Sungai Buloh) pada jam 1:10 petang tadi," katanya kepada The Star hari ini.
Jelasnya, polis membawa suaminya meninggalkan rumah mereka pada jam 1:50 petang.
"Tapi saya tidak tahu ke mana mereka membawa dia," katanya.
Tambah Marina, polis turut merampas beberapa buah pita dan sebuah komputer dalam bilik mereka.
Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Hamid Albar yang dihubungi Bernama berkata tindakan itu diambil setelah pelbagai kenyataan dibuat oleh Raja Petra dalam laman blog Malaysia Today termasuk yang terbaru yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad (SAW).
"Kita telah banyak kali memanggil dan menasihatkan beliau berikutan kenyataannya namun beliau masih terus menulis hingga boleh menimbulkan ancaman," katanya.
Semalam, kerajaan menarik balik sekatan terhadap mana-mana laman web termasuk "Malaysia Today" berkuatkuasa serta merta, kata Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Shaziman Abu Mansor.
Beliau berkata langkah itu diputuskan Kabinet semalam bertujuan untuk terus menggalakkan rakyat negara ini menggunakan kemudahan internet atau lawan web sebagai saluran penyebaran maklumat.
Pada 6 September lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar telah memberi amaran bahawa editor lamanweb Malaysia Today itu mungkin dikenakan ISA kerana menyiarkan komen yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), telah membuat laporan polis terhadap Raja Petra berhubung perkara itu.
Mereka mendakwa komen Raja Petra dalam artikel yang bertajuk "I Promise to be a good, non-hypocritical Muslim" didakwa menggunakan ayat-ayat yang menghina orang Islam.
Raja Petra, yang popular dengan panggilan RPK, juga didakwa telah membenarkan komen-komen disiarkan dalam laman webnya yang menghina Islam dan Nabi Muhammad, dalam artikel bertajuk "Not all Arabs are descendants of the Prophet".
0 comments:
Post a Comment