[mstar]PUTRAJAYA: Pakatan Rakyat hari ini menyerahkan surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendesak agar satu pertemuan diadakan secepat mungkin bagi membincangkan isu kestabilan politik masa kini.
Surat yang ditandatangani oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ketua Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang itu disampaikan kepada pegawai Pejabat Perdana Menteri oleh tiga wakil Pakatan Rakyat.
Mereka ialah tiga ahli jawatankuasa pusat ketiga-tiga dari parti berkenaan iatu Johari Abdul (PKR), Loke Siew Fook (DAP) dan Dr. Hatta Ramli (PAS).
Menurut Johari, surat berkenaan ada kena-mengena dengan kemungkinan penubuhan kerajaan baru oleh PR serta isu ketidakstabilan politik hari ini berikutan penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap pengendali Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin dan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok.
"Surat ini sangat penting kerana ia ada hubung kait dengan isu pentadbiran negara dan kestabilan rakyat, dan secara spesifik mengenai kerajaan baru pasca 16 September," katanya kepada pemberita di sini.
Hatta pula berkata, rakyat hari ini sangat teruja dengan kemungkinan perubahan kerajaan kerana marah dengan perkembangan terkini melibatkan penggunan ISA sewenang-sewenangnya oleh kerajaan.
"Dengan itu kita telah menyerahkan surat kepada setiausaha sulit kanan Perdana Menteri Datuk Ahmad Yaakob agar Perdana Menteri prihatin agar proses pertukaran kerajaan nanti akan berjalan lancar," katanya.
Sementara itu, Loke pula berkata, surat berkenaan juga mendesak kerajaan membebaskan serta-merta dan tanpa syarakat dua lagi individu yang ditahan malam Jumaat lalu di bawah ISA.
"Kita perihatin tentang masalah ketenteraman awam dan rasa takut rakat beriktan penggunaan ISA terhadap dua individu itu. Jadi pemimpin Pakatan Rakyat mendesak agar satu perbincangan antara mereka dengan Perdana Menteri didakan segera supaya kestabilan politik boleh dipulihkan," katanya.
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi
-
* KUALA LUMPUR* : “Kezaliman rejim Zionis sebenarnya hanya akan menggali
kubur diri mereka sendiri.”
Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ber...
2 months ago
0 comments:
Post a Comment