Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Thursday, September 25, 2008

Minyak Turun 10 sen, Kadar Inflasi Naik 8.5%, Rakyat Terus Merana

Adakah penurunan harga minyak petrol/diesel sebanyak 10 sen hari ini mampu membantu menangani inflasi dan juga meningkatkan kuasa membeli di kalangan pengguna?


Mengikut Jabatan Perangkaan, Indeks Harga Pengguna(IHP)pengukur kadar inflasi,bagi Januari hingga Ogos mengembang sebanyak 4.8 peratus kepada 110.4 daripada 105.3 yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Manakala IHP Ogos meningkat 0.2 peratus kepada 114.9 daripada 114.7 pada Julai tahun ini dan indeks itu meningkat 8.5 peratus berbanding dengan 105.9 pada Ogos tahun lepas.

Para ahli ekonomi dan penganalisis tempatan pula bersetuju bahawa harga minyak sepatutnya diturunkan sekurang-kurangnya 30 sen dan bukannya 10 sen kerana tindakan itu mampu mengurangkan peningkatan inflasi.


Apa kata Penganalisis Ekonomi?

Penurunan harga minyak sebanyak 10 sen itu tidak banyak membantu kerana jumlah itu adalah terlalu terlalu kecil dan tidak menggambarkan kedudukan semasa harga minyak pasaran dunia, kata Pakar Ekonomi Tan Sri Ramon Navaratnam.

Sementara itu, Ketua Program Siswazah Pengurusan Persekitaran dan Pakar Pengangkutan Awam Universiti Kebangsaan Malaysia Prof. Dr. Abd. Rahim Md. Nor pula berpendapat, kerajaan sepatutnya mengekalkan harga minyak iaitu RM1.92 seliter, harga sebelum kenaikan sebanyak 78 sen sebelum ini.

Ditanya tentang kesan penurunan minyak terhadap inflasi, Abd. Rahim berkata: "Saya percaya jika harga minyak diturunkan lebih banyak, mungkin masalah inflasi dan kenaikan harga barang dapat ditangani."

Penasihat Ekonomi AmInvestment Bank Group, Mustafa Mohd. Nor berpendapat, penurunan harga minyak petrol yang dibuat kerajaan tidak akan memberi kesan kepada keadaan inflasi semasa selagi harga makanan tidak diturunkan.

Indeks Harga Pengguna (IHP) bukan hanya ditentukan oleh peningkatan atau penurunan harga petrol tetapi ia turut melibatkan harga makanan semasa. Selagi harga makanan tidak menunjukkan penurunan, kadar inflasi semasa mungkin tidak menunjukkan sebarang perubahan yang ketara walaupun harga petrol diturunkan dengan kadar 10 sen.

Dr. Yeah Kim Leng dari RAM Holdings Bhd pula berkata,"Saya berharap harga minyak petrol akan dapat terus diturunkan ekoran harga pasaran minyak mentah global yang sedang mengalami aliran menurun untuk terus meringankan beban rakyat," jelasnya.

0 comments: