Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Monday, September 8, 2008

Kemenangan BN Tanpa Bertanding Kerusi Pensiangan Tidak Sah

Kemenangan tanpa bertanding Tan Sri Joseph Kurup tidak sah...
Usah lah nak bermuka-muka lagi Pak Lah/BN/Umno..
BN menang hari tu pun penuh dengan penipuan...

16 September


PETALING JAYA:
Mahkamah Tinggi Pilihan Raya Kota Kinabalu hari ini memutuskan bahawa kemenang kerusi Pensiangan yang dimenangi tanpa bertanding oleh calon BN, Tan Sri Joseph Kurup pada Februari lalu tidak sah.

Ia diumumkan di Kota Kinabalu pagi tadi.

Ia merupakan antara kerusi Parlimen yang dimenangi tanpa bertanding oleh BN dalam pilihan raya umum ke-12 awal tahun ini.

Keputusan tersebut dijangka akan membawa kepada pilihan raya kecil.

Bagaimanapun keputusan mahkamah itu boleh dirayu dan rayuan akan didengar oleh Mahkamah Persekutuan dalam tempoh enam bulan.

Mahkamah Tinggi Pilihan Raya pada awalnya menetapkan 17 September ini untuk memberikan keputusannya mengenai petisyen pilihan raya kerusi tersebut.

Bagaimanapun hakim mahkamah tersebut ketika menetapkan tarikh itu bulan lalu ada menyatakan bahawa beliau akan memaklumkan jika keputusannya diumumkan lebih awal.

Petisyen didengar oleh Hakim Pilihan Raya, David Wong Dak Wah.

Kurup merupakan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah.

Kurup juga Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menang pada hari penamaan calon 24 Februari lalu di Dewan Majlis Daerah Nabawan.

Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Danny Anthony Andipai, 41, bagi kerusi Pensiangan, mengemukakan petisyen itu dan menamakan Kurup sebagai responden pertama dan Bubudan sebagai responden kedua.[mstar]

0 comments: