Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Friday, September 5, 2008

Pak Lah Akan Pastikan Sendiri Tiada Lompatan pada 16 September ini

Akhirnya Pak Lah menunjukan rasa gerunnya dengan tarikh 16 September 2008, setelah beberapa kali menafikannya.

Bersiap-sedialah wahai Pak Lah...ingat tarikh penting ini
16 September




Saya pastikan 16 September tak berlaku: PM

PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata tidak ada Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan meninggalkan parti itu menjelang 16 September ini untuk menyertai pembangkang menubuhkan kerajaan baru.

“Saya pastikan 16 September tidak akan berlaku. Pakatan Rakyat bergantung kepada ahli-ahli parti kita untuk meninggalkan kita tetapi orang kita tidak akan meninggalkan kita,” kata Perdana Menteri.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah beberapa berkata bahawa ramai Ahli Parlimen BN akan menyertai pembangkang bagi membolehkan mereka membentuk kerajaan pada 16 September ini.

“Kita tidak akan beri peluang untuk mereka menubuhkan kerajaan pada 16 September. Tidak,” kata Perdana Menteri pada sidang akhbar selepas melancarkan Business Licensing Electronic Support System (BLESS) di Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini.

Beliau berkata perkara itu tidak mungkin berlaku jika ia hanya berpaksikan kepada faktor penghijrahan oleh Ahli Parlimen BN ke pembangkang.

Sebaliknya, kata Abdullah, adalah lebih wajar jika perhatian diberi kepada usaha meningkatkan kemajuan negara.

“Kerajaan tumpu pada kerja dan bukan memikirkan sesuatu yang mungkin berlaku. Tumpu pada kerja untuk menjadikan negara ini lebih baik, meningkatkan produktiviti dan keberkesanan dan banyak lagi,” katanya.

Perdana Menteri juga berkata beliau telah menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk memaklumkan segala perkembangan kepada Seri Paduka Baginda.

“Saya beri taklimat mengenai apa yang berlaku. Saya juga bercakap apa yang diambil berat ialah perniagaan berjalan seperti biasa.

"Kita telah melakukan segala-galanya untuk meningkatkan keberkesanan pentadbiran ketika berurusan dengan rakyat.

“Pengundi telah beri amaran tentang apa yang tidak menggembirakan mereka tetapi mereka juga memberi sokongan yang mencukupi untuk (BN) menubuhkan kerajaan. Kita menyampaikan apa yang telah dijanjikan. Tuanku gembira dengan apa yang kita lakukan,” katanya.

Mengenai lawatan sambil belajar ke luar oleh Ahli Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional dari Ahad ini sehingga 15 September nanti, Perdana Menteri berkata program itu tidak perlu dikaitkan dengan penubuhan kerajaan oleh Pakatan Rakyat pada 16 September ini.

“Kalau mereka nak pergi, biarlah mereka pergi, apa nak hubung kaitkan dengan September. Mereka bukannya orang yang nak melompat daripada BN,” katanya. - Bernama

0 comments: