HARGA PASARAN DUNIA DAH TURUN!!!
BILA LAGI PAK LAH NAK UMUMKAN !!!
Harga minyak mentah dunia berada di bawah paras sekitar AS$97.00 setong minggu lalu. Namun kerajaan Malaysia masih bersikap tunggu dan lihat.
Dulu masa naik harga minyak, keputusan dibuat tergesa-gesa tanpa memikirkan nasib rakyat. Sekarang pula kerajaan membiarkan rakyat terus dihimpit kos beban sara hidup akibat kenaikan mendadak harga bahan bakar itu.
Rakyat sehingga kini masih ternanti-nanti pengumuman kerajaan untuk menurunkan harga minyak tersebut namun sehingga kini Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi masih dibuai mimpi indahnya.
"Bila harga pasaran dunia turun, Abdullah bertangguh sehingga hujung tahun membiarkan rakyat terus membayar dengan harga yang mahal," kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berhubung isu terbabit kepada Harakah. Beliau begitu kesal dengan sikap kerajaan kerana menjadikan rakyat sebagai mangsa kepada pentadbiran yang tidak cekap dan efisien.
Pada bulan Jun yang lalu, Pak Lah ketika itu mengumumkan kenaikan harga minyak 78 sen sewaktu harga minyak pasaran berada diparas AS$125 ke AS$135 setong namun kini harga pasaran tersebut telah jatuh dibawah paras AS$100 setong.
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi
-
* KUALA LUMPUR* : “Kezaliman rejim Zionis sebenarnya hanya akan menggali
kubur diri mereka sendiri.”
Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ber...
2 months ago
0 comments:
Post a Comment