Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Saturday, September 13, 2008

BN Gunakan ISA Sekat Pakatan Rakyat

Malaysia kini dicengkam
satu lagi kegilaan ISA !!!


Tindakan kerajaan Barisan Nasional ini sekali lagi membelakangkan lunas-lunas undang-undang yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia.

Operasi penahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menyaksikan Raja Petra Kamaruddin, Tan Hoon Cheng dan Teresa Kok ditahan dalam tempoh 12 jam sejak tengah hari semalam.

Ketiga-tiga mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membolehkan mereka ditahan tanpa bicara, yang turut digunakan sebelum ini, ke atas mereka yang tidak sehaluan dengan kerajaan.

"Dengan menggunakan ISA untuk menghalang proses perubahan di Malaysia, kerajaan Barisan Nasional yang diketuai Umno mengesahkan ianya telah tidak berpijak di atas sokongan rakyat dan sudah tidak mampu memimpin Malaysia dengan adil dan demokratik," kata DS Anwar Ibrahim semalam.



Blogger terkemuka Malaysia dan editor Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, merupakan yang pertama ditahan di bawah ISA tengahari semalam.

Kemudian, Tan Hoon Cheng, wartawan akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily, ditahan malam tadi selepas melaporkan kenyataan seorang pemimpin Umno yang didakwa berkata kaum Cina "menumpang" di negara ini.

Teresa Kok, seorang ahli Parlimen dari DAP - sebuah parti dalam barisan pembangkang - Pakatan Rakyat - juga turut ditahan di bawah ISA.Tidak banyak maklumat yang diperolehi mengenainya, Teresa berdepan dengan dakwaan yang beliau telah mengadu bunyi bising pembesar suara dari sebuah masjid di Puchong.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dipercayai yang telah melancarkan operasi penahanan tersebut untuk memperkukuhkan kedudukannya dalam Umno seterus dalam BN.

0 comments: